8,500 unit Proton X70 telah diserah selepas 100 hari dilancarkan

0
 
IKLAN

Sejak 100 hari selepas pelancarannya, sebanyak 8,500 unit Proton X70 telah diserahkan kepada pelanggan.

Ini memberikan model SUV pertama itu rekod sebagai model dengan jumlah penghantaran paling banyak dalam segmennya.

Unit X70 ke-8,500 diserahkan kepaada firma undang-undang Malaysia, Lee Allen Hishammuddin & Gledhill (LHAG).

Dengan kadar pertumbuhan jualan kumulatif sebanyak 42 peratus untuk dua bulan pertama tahun 2019. Proton mencatatkan kadar pertumbuhan jualan tertinggi di kalangan jenama automotif di barisan ketiga teratas di Malaysia mengikut jumlah.

Pemacu utama kepada peningkatan ini adalah Proton X70, merupakan model paling popular untuk bulan Januari dan Februari (berdasarkan angka pendaftaran rasmi) dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai peningkatan sama untuk bulan ketiga berturut-turut.

“Dengan menyerahkan sebanyak 8,500 unit Proton X70 dalam masa 100 hari, Syarikat telah membuktikan bahawa pembeli kereta di Malaysia tertarik dengan SUV pertama kami.

Baca:   Proton Iriz R5 kini dihomologasi oleh FIA, unit R5 pertama stereng kanan

“Kami terharu dengan sokongan daripada mereka dan akan terus berusaha dengan lebih lagi untuk menyerahkan lebih banyak unit secepat mungkin. Ia bagi mengurangkan masa menunggu oleh para pelanggan Syarikat,” ujar Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Apa kata anda?

avatar