Dua syarikat disenarai pendek untuk projek kereta nasional ketiga

0
 
IKLAN

Dua syarikat telah disenarai pendek untuk mengetuai projek kereta nasional baharu (NNCP), menurut Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Imej: Bernama

Beliau berkata kerajaan masih dalam perbincangan dengan pihak-pihak terlibat dan hanya boleh mengumumkan maklumat lanjut setelah keputusan akhir dibuat.

Mohd Redzuan juga memberi petunjuk bahawa “Dasar Pandang Ke Timur” merupakan salah satu garis panduan dalam memilih syarikat-syarikat itu.

Dasar itu merupakan inisiatif Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1980an semasa tempoh pertamanya menjadi Perdana Menteri. Ini memberi gambaran bahawa kemungkinan syarikat terpilih itu adalah dari Jepun.

Pada Ogos 2018 sebelum projek kereta nasional ketiga ini diumumkan, Mahathir berkata Malaysia akan meminta bantuan dari syarikat Jepun untuk projek itu, dan nama Nissan serta Toyota disebut.

Apa kata anda?

avatar