5 model Triumph dilancarkan untuk 2019

0
 
IKLAN

Triumph Malaysia baru-baru ini melancarkan bukan satu, bukan dua, tetapi lima model baharu untuk 2019. Model-model itu adalah:

  • Street Twin – RM55,900
  • Street Scrambler – RM64,900
  • Scrambler XC – RM80,900
  • Scrambler XE – RM86,900
  • Speed Twin – RM73,900

*Kesemua harga adalah termasuk 10% cukai jualan dan perkhidmatan

Triumph Street Twin

Pertama dilancarkan pada 2016, Street Twin merupakan model paling kontemporari dalam rangkaian Triumph Bonneville dan menjadi motosikal klasik moden paling tinggi jualan. Ini berikutan penampilan custom yang menarik, tunggangan yang meyakinkan dan enjin tork tinggi yang berkuasa. Street Twin 2019 yang baharu kini menawarkan lebih kuasa, spesifikasi peralatan yang lebih tinggi, tunggangan yang lebih selesa dan teknologi termaju dalam kelas.

Antara teknologi yang pertama dalam kelas yang terdapat pada Street Twin 2019 termasuklah:

  1. Mod tunggangan Road dan Rain yang baharu – melaraskan tetapan kawalan map pendikit dan kawalan tarikan untuk pengalaman menunggang yang optimum dalam semua keadaan;
  2. Keupayaan memilih aksesori TPMS (Tyre Pressure Monitoring System) – Untuk tunggangan yang lebih praktikal dan keyakinan penunggang; dan
  1. Kawalan cengkaman boleh tukar – Keupayaan menukar melalui menu peralatan untuk mengoptimumkan penghantaran tork Street Twin yang berkuasa apabila kehilangan cengkaman.

Enjin bertork tinggi 900cc dinaiktaraf untuk membekalkan kuasa sebanyak 65PS pada 7,500rpm dan tork 80Nm pada 3,800rpm. Dengan penyegap bunyi berkembar, ia menawarkan bunyi British Twin yang unik.

Baca:   Triumph bekalkan enjin untuk Moto2 di kejohanan MotoGP

Street Twin 2019 yang baharu juga diberikan brek depan Brembo dengan 4 omboh yang baharu untuk cengkaman dan kawalan yang lebih meyakinkan untuk penunggang.

Street Twin 2019 yang baharu terdapat dalam tiga pilihan warna yang menarik – Matt Ironstone, Korosi Red dan Jet Black.

Triumph Street Scrambler

Mula dilancarkan pada tahun 2017, Street Scrambler yang lasak dan versatil merupakan antara moden klasik tulen Triumph yang paling digemari.

Enjin tork tiggi Bonneville 900cc telah dinaiktaraf untuk memberikan kuasa 18% lebih tinggi dari sebelum ini, sebanyak 65PS pada 7,500 rpm. Ia digabungkan dengan penghantaran tork sebanyak 80Nm pada putaran rendah @ 3,200rpm.

Street Scrambler 2019 menetapkan tanda aras baharu untuk teknologi yang pertama dalam kelas menerusi antara lainnya:

  1. Mod tunggangan Road, Rain dan Off-Road yang baharu — Mod Road dan Rain melaraskan tetapan kawalan map pendikit dan kawalan cengkaman. Mod Off-Road yang baharu mematikan terus ABS dan Kawalan Cengkaman, dan kedua-duanya boleh dihidupkan semula sambil bergerak dengan menekan Butang mod selama 1 saat;
  2. Kawalan cengkaman boleh tukar — Mengoptimumkan penghantaran tork Street Scrambler yang berkuasa apabila kehilangan cengkaman. Kawalan ini boleh dimatikan secara berasingan menggunakan menu peralatan atau, digabungkan dengan mematikan ABS, dengan memilih mod ‘Off-Road’; dan
  3. ABS boleh tukar untuk keyakinan, keselamatan dan kawalan penunggang yang dipertingkatkan – Ciri unik yang mencerminkan keupayaan dwi-keupayaan Street Scrambler yang sebenar. ABS dimatikan dengan memilih mod tunggangan ‘Off-Road’.
Baca:   2019 Triumph Scrambler 1200 XC dan XE model dilancarkan

Street Scrambler 2019 mempunyai pilihan warna Fusion White, Cranberry Red dan Khaki Green dengan Matt Aluminium.

Triumph Scrambler 1200 XC dan XE

Scrambler 1200 XC dibina untuk keseronokan menunggang di jalan raya dan laluan lasak sebenar manakala Scrambler 1200 XE dilengkapi dengan keupayaan laluan lasak yang lebih tinggi.

Menerusi kerjasama yang unik dengan Öhlins, serta casis Scrambler baharu yang disesuaikan secara khusus untuk keupayaan laluan lasak dan keselesaan ergonomik penunggang,  Scrambler 1200 dibangunkan untuk keupayaan berkembar ‘klasik dan penerokaan’ yang pertama dalam kelas.

Kedua-dua model menampilkan unit suspensi belakang Öhlins spring berkembar boleh laras sepenuhnya yang memberikan keupayaan pergerakan dan suspensi roda pendahulu kategori untuk kelebihan laluan lasak dan kelegaan tanah yang hebat.

XC memberikan pergerakan roda 200 mm manakala XE memberikan pergerakan 250 mm dan kedua-duanya dilengkapi dengan takungan gendong. Kedua-dua Scrambler memiliki lengan ayun aluminium pergerakan panjang yang baru direka.

Kedua-dua model 1200 XC dan XE dikuasai oleh enjin 1,200cc dengan 90PS dan 110Nm.

Model Scrambler 1200 memiliki teknologi mengutamakan penunggang dengan standard yang mendahului kelas, termasuklah:

  1. Peralatan TFT generasi kedua
  2. Sehingga 6 mod tunggangan
  3. Optimised Cornering ABS (XE sahaja)
  4. Optimised Cornering Traction Control (XE sahaja)
  5. Inertial Measurement Unit (IMU) (XE sahaja)
  6. Sistem kawalan GoPro bersepadu yang pertama di dunia
  7. Sistem navigasi secara berpusingan
Baca:   2019 Triumph Scrambler 1200 XC dan XE model dilancarkan

Kedua-dua Scrambler 1200 diberi pilihan skim dua warna premium:

  • Scrambler 1200 XC – Jet Black dan Matt Black, Khaki Green dan Brooklands Green
  • Scrambler 1200 XE – Fusion White dan Brooklands Green, Cobalt Blue dan Jet Black.

Triumph Speed Twin

Speed Twin 2019 yang baharu memperkenalkan casis dan pemasangan suspensi baharu yang lebih ringan. Apabila digabungkan dengan sepit udang hadapan katrij berspesifikasi lebih tinggi dan unit suspensi belakang berkembang dengan spring pra-muatan boleh laras memberikan tunggangan yang tiada bandingan.

Sistem brek ialah angkup paksi berkembar Brembo dengan 4 omboh berspesifikasi tinggi di bahagian depan dengan cakera berkembar dan angkup terapung dengan 2 omboh dan cakera tunggal di belakang.

Speed Twin memiliki enjin Bonneville berkembar selari 1200cc yang dikemaskinikan secara khusus dengan talaan `Thruxton’ untuk menghasilkan 97PS dan 112Nm tork. Output ini masing-masing adalah 49% dan 40% lebih tinggi berbanding model 2018.

Terdapat juga tiga pilihan mod tunggangan – Sport, Road dan Rain – setiap satu dengan tetapan map pendikit dan kawalan cengkaman untuk kuasa dan keselamatan yang dipertingkatkan.

Speed Twin baharu mempunyai tiga pilihan warna – Silver Ice dan Storm Grey; Korosi Red dan Storm Grey; dan Jet Black.

Apa kata anda?

avatar