Geng bikers seluruh New Zealand berjanji untuk jaga masjid untuk solat Jumaat

1
Imej: AFP, Getty Images
 
IKLAN

Geng-geng bikers (penunggang motosikal) di New Zealand berjanji untuk menjaga keselamatan di luar masjid-masjid negara itu semasa umat Islam di sana menunaikan solat Jumaat pertama selepas insiden tembakan di Christchurch.

Imej: AFP, Getty Images

Geng seperti Mongrel Mob, King Cobra dan The Black Power berjanji untuk melindungi masyarakat Islam setempat di seluruh negara selepas kejadian pada 15 Mac yang mengorbankan 50 orang.

Presiden Mongrel Mob, Sonny Fatu menawarkan diri untuk menjaga Masjid Jamia di Hamilton. “Kami akan menyokong dan membantu saudara dan saudari Islam kami selama mana mereka memerlukan kami,” katanya kepada media Stuff.

Dia menerangkan bagaimana Mongrel Mob dihubungi oleh wakil masjid bahawa ahli-ahli masjid risau untuk ke solat Jumaat. Fatu menambah, “Persoalan diutarakan sama ada kami patut menjadi sebahagian dari banteng keselamatan untuk membolehkan mereka beribadat dengan aman tanpa rasa takut”.

Baca:   Honda Monkey dilancarkan di Malaysia, si cilik yang comel!

Dia berkata, “Sudah tentu kami akan melakukannya dan kami akan berpakaian dengan sopan dan sepatutnya”.

Asad Mohsin, ketua Waikato Muslim Association berkata, “Ia memberikan kami kekuatan untuk mengatasi rasa sedih kami.”

Mohsin turut berkata kepada New Zealand Herald, “Tiada ketakutan, kami bukannya takut. Mereka tidak perlu berdiri di luar masjid, mereka boleh masuk ke dalam, betul-betul belakang dimana khutbah diberikan.”

 

1
Apa kata anda?

avatar
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
0 Comment authors
Recent comment authors
newest oldest most voted
trackback

[…] Sumber : motoqar.my […]