Singapura terima penyerahan Bugatti Chiron untuk pelanggan pertama di Asia Tenggara

0
 
IKLAN

Unit pertama Bugatti Chiron telah diserahkan kepada pelanggan pertamanya di Asia Tenggara di Singapura sebelum Tahun Baru Cina. Hypercar itu akan disimpan di fasiliti berhawa dingin di Wearnes Automotive.

Bugatti Chiron merupakan antara kereta terlaju, paling mewah dan paling eksklusif di dunia. Hanya 500 unit akan dibina dan 70 peratus dari jumlah itu telahpun dibeli oleh pelanggan dari serata dunia. Unit ini juga merupakan yang pertama dari 20 unit yang akan diserahkan kepada pelanggan-pelanggan di seluruh Asia.

Hypercar ini boleh di-kustom mengikut kesukaan pemiliknya. Pemilik dari Singapura ini memilih untuk menggunakan warna badan dua-tona Atlantic Blue dan French Racing Blue. Kombinasi ini adalah serupa dengan Bugatti Chiron asal yang didedahkan di Geneva International Motor Show pada 2016.

Dalaman Bugatti Chiron mengikuti tema dan gaya luarannya termasuklah dengan sirip tengah yang diambil inspirasi dari Bugatti Atlantic. Rekaan ini dipersembahkan dengan bentuk “C” besar antara pemandu dan penumpang. Pemilik ini memilih untuk melengkapkan Chiron-nya dengan kemasan kulit penuh Terre d’Or.

Baca:   Bugatti La Voiture Noire ialah hypercar dengan enam ekzos, hanya satu di dunia

Apa kata anda?

avatar