[Video] Akak ni pun pandai buat burnout!

104

Bukan kereta sports je boleh burnout, trak pikap pun boleh! Toyota Hilux kuning ini sekali tengok pun dah nampak lain.

Penampilannya lebih rendah, stance rodanya nampak lebih kepada nak masuk litar daripada nak masuk hutan belukar.

Dan owner-nya seorang wanita, tau! Memang #BukanBiasheBiase akak ni. Dia juga seakan memang tahu mengenai kenderaanya, dan apa yang perlu dilakukan.

Antara modifikasi pada Hilux ini termasuklah:

  • Kit badan TRD
  • Komponen gentian karbon untuk fender, hud dan spoiler bumbung
  • Rim TE37, dengan tayar 275/40/R18
  • Enjin 2.5-liter asal ditukar pada 3.0-liter
  • Turbo lebih besar, paip dan intercooler penuh
  • Waste gate dan nozzle lebih besar
  • Fuel pump dipertingkat
  • Tempat duduk Recaro
  • Stereng Nardi
  • Meter boost

Jemput tonton video oleh Galeri Kereta ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Toyota Hilux ini. Dan akak ini juga siap “belanja” bunyi dan burnout!

Sehingga penulisan ini, video ini telah mendapat kira-kira 34 ribu jumlah tontonan.

Komen anda mungkin membantu