BMW 3-Series 2019 sah lancar bulan ini

79

BMW 3-Series 2019 akan menjadi model seterusnya untuk dilancarkan selepas BMW Malaysia melancarkan 8-Series baru-baru ini. Sedan generasi ketujuh dengan kod G20 itu mula membuat penampilan sulungnya Oktober tahun lepas.

Tiada butiran lanjut mengenai spesifikasinya pada masa ini. Namun apa yang diketahui, ia boleh didapati dengan enjin 2.0-liter turbo empat-silinder dengan dua tahap. Transmisi automatik lapan-kelajuan adalah standard.

320i dengan 184PS pada 5,000-6,000 rpm dan 300Nm tork pada 1,350-4,000 rpm, dengan pecutan 0-100km/j dalam 7.2 saat.

330i pula memberikan 258PS pada 5,000-6,000 rpm dan 400Nm tork pada 1,550-4,400 rpm, dan ini mempercepatkan pecutan 0-100km/j dalam 5.8 saat sahaja.

Kami jangkakan kedua-dua varian petrol ini akan ditawarkan semasa pelancaran nanti.

Sedan 3-Series ini juga boleh didapati dalam konfigurasi 318d, 320d dan 330d, serta M340i xDrive. Terdapat juga varian 330e iaitu plug-in hybrid (PHEV).

3-Series G20 menampilkan beberapa ciri baharu seperti lampu depan Laserlight, “langsir udara” diinspirasikan dari NACA duct, brek parkir elektronik, Live Cockpit Professional dengan skrin 10.25-inci dan BMW Operating System 7.0.

Komen anda mungkin membantu