Nissan dan Mitsubishi bakal perkenal 4 “kei car” baharu

26

Nissan Motor Co., Ltd. dan Mitsubishi Motors Corporation akan memperkenalkan empat kenderaan mini baharu di Jepun. Kerjasama ini adalah hasil dari gabungan mereka.

Pengeluaran Nissan Dayz, Nissan Dayz Highway Star, Mitsubishi eK wagon dan Mitsubishi eK X sudah bermula di Kilang Muzishima Mitsubishi di Kurashiki, Jepun. Untuk pertama kali, model-model ini akan ditawarkan dengan teknologi pemanduan autonomi yang direka untuk pemanduan satu lorong di lebuhraya.

Imej: Paultan.org

NMKV, iaitu usahasama dua syarikat itu menggabungkan teknologi termaju Nissan dengan pengalaman Mitsubishi menghasilkan kenderaan mini kepada kereta jenis wagon tinggi.

Model-model ini akan memberikan prestasi yang dipertingkat, pelantar, enjin dan trasnmisi yang dinaiktaraf. Rekabentuk juga adalah baharu sepenuhnya. Walaupun berkongsi komponen utama, model-model Nissan dan Mitsubishi mengekalkan ciri jenama masing-masing.

Jom Baca:   Mitsubishi Triton 2019 dilancar – dari RM100k, 2.4-liter MIVEC dan 6AT

Komen anda mungkin membantu