Polis NSW dedahkan kereta polis Civic Type-R terbaharu

0
 
IKLAN

Polis New South Wales, Australia telah menggunakan Honda Civic Type-R sebagai kerjasama 12 bulan bersama Honda Australia.

Kereta itu akan digunakan sebagai sebahagian dari kempen Eyewatch yang menggalakkan komuniti setempat untuk berhubung dengan polis melalui media sosial. Polis juga menggunakan kempen sama untuk menghapuskan jenayah, mengenalpasti individu hilang atau dikehendakai dan memberikan maklumat insiden setempat.

 
IKLAN

Bos Honda Australia, Stephen Collins teruja dengan kerjasama itu. Beliau berkata, “Honda Australia berbesar hati untuk bekerjasama dengan Pasukan Polis NSW dan mengambil tugas aktif dalam meningkatkan kesedaran Eyewatch dalam menjadikan komuniti kita lebih selamat”.

Civic Type-R dikuasai enjin 2.0-liter turbo dengan 310hp dan 400Nm tork dan berharga $57,000 (RM164,787.97).

Dengan kuasa itu, Type-R mampu memecut dari pegun ke 100km/j dalam 5.7 saat dan mempunyai kelajuan maksima 272km/j.

Asisten Komisioner Polis NSW, Joe Cassar berkata, gaya menyerlah Type-R menjadikannya kereta ideal untuk mendekati komuniti setempat. “Gayanya yang menarik perhatian diharapkan menjadi punca perbualan dan dapat mendekati lebih ramai orang, terutamanya anak muda yang akan lebih selesa mendekati polis”, katanya.

Baca:   Saman polis dan cara mudah buat bayaran atas talian

Polis NSW sebelum ini pernah menggunakan kenderaan promosi yang dibekalkan oleh pengeluar seperti BMW i8 dan Porsche Panamera.

Peronda Lebuhraya NSW kini menggunakan BMW 5-Series sebagai kenderaan mereka.

Apa kata anda?

avatar