MotoE World Cup – Mesin dan peralatan Hangus Di Jilat Api

14

Kebakaran di E-Paddock yang baru dibina untuk FIM Enel MotoE Piala Dunia di Jerez, telah menimbulkan tanda tanya samada ujian akan di teruskan atau tidak pada hujung minggu ini di litar Sepanyol.

Motosikal Energica Eco Corsa

Majoriti mesin dan peralatan untuk mengecas dan mengekalkan nya telah terhapus dalam kebakaran besar-besaran tersebut.

Kategori perlumbaan baru motosikal berkuasa bateri. FIM Enel MotoE World Cup, dijangka akan berlangsung di Jerez pada hujung minggu pertama pada Mei. Perlumbaan tersebut bersempena dengan pusingan keempat MotoGP.

Insiden tersebut mungkin benar-benar sukar bagi pengilang mesin Energica untuk pulih dalam waktu terdekat bagi pusingan pembukaan siri baru yang di sokong oleh Dorna

Tiada kecederaan yang dilaporkan dan punca api sedang disiasat.

Komen anda mungkin membantu