1st Serian International Bike Week – Meletoop

0
 
IKLAN

Stadium Mini Serian yang bersebelahan Tasik Danu,merupakan lokasi acara 1st Serian International Bike Week yang cukup strategik. Di yakini bahawa “SERIAN” bakal menjadi buah mulut mereka yang hadir ke acara perhimpunan motosikal yang di luar jangkaan.

 

 
IKLAN

Tarikh 1,2 dan 3 Mac 2019 menjadi sejarah penting bagi Daerah Serian.

Pengerusi Penganjur Shafwan Mahri

Program yang tercetus menerusi idea Pengerusi Penganjur Shafwan Mahri serta di bantu oleh Sapiee Piee dengan kerjasama pakar yang ariff dengan program bike week iaitu Chegu Mie,Ali,Edi dan Najmi.Ianya dianjurkan oleh PER3 dengan sokongan dari Serian Motor Club (SMT).

Apakah Rahsia 1st Serian International Bike Week?

Jarak hampir 70km dari Bandaraya Kuching serta laluan utama untuk ke Sibu,Miri serta Brunei.Sementara itu Tebedu iaitu daerah kecil yang masih di bawah jajahan Serian merupakan pintu masuk bagi sempadan Kalimantan Barat,Indonesia.

Kepakaran wakil vendor yang sering berkunjung ke acara perhimpunan motosikal juga antara penyumbang idea bagi memeriahkan acara. Empat tenaga dari semenanjung telah di panggil dalam membantu menjayakan 1st Serian International Bike Week.

Lokasi di mana acara berlangsung sememangnya strategik dan menarik.Pusat rekreasi yang bersebelahan dengan tapak acara merupakan satu insiatif bagi penganjur mengadakan aktiviti sampingan demi mengamit lebih ramai pengunjung.

Kehadiran Penyanyi Mus May dan kumpulan  Dangdut dari Indonesia,telah berjaya menarik minat kehadiran pengunjung yang di luar jangkaan.

Datuk Abdul Karim merasmikan 1st Serian International Bike Week

Acara perasmian telah di lakukan oleh YB Datuk Abd Karim Rahman Hamzah iaitu Menteri Pelancongan,Kesenian,Kebudayaan,Belia dan Sukan Sarawak yang mewakili Ketua Menteri Sarawak.

Program yang jelas kearah mengalakkan Serian satu destinasi pelancongan di negeri Sarawak.Ianya juga merupakan satu galakan sukan bermotor secara sihat di kalangan belia di bahagian Serian khasnya dan negeri Sarawak amnya.

Penduduk setempat juga mendapat tempias dari acara ini. Peniaga  tempatan seperti mendapat bonus selama 3 hari acara berlansung.

Mungkin selepas ini hotel atau rumah persinggahan akan tumbuh seperti cendawan.Ini kerana kemudahan penginapan bagi pengunjung luar dari Serian agak terhad.

Sasaran penganjur hanya 1,500 pengunjung. Namun kehadiran pengujung ke 1st Serian International Bike Week cukup luarbiasa dari program yang pernah di adakan sebelumnya di Serian.

Rata-rata pengunjung yang datang cukup teruja dengan acara ini serta memohon agar acara ini diteruskan lagi pada tahun berikutnya.

Secara automatik acara ini telah menjadikan Serian salah satu pusat dalam kalendar kunjungan pemilik motosikal dari Sarawak,Sabah,Brunei,Indonesia dan Semenanjung.

 

Pelbagai acara di adakan sepanjang 3 hari.Power Boat Open Race,Mr Badan Cantik,Miss Serian Bike Week 2019.2 buah motosikal Yamaha Y15 menjadi rebutan pengunjung.Di samping lain-lain hadiah cabutan bertuah.

Tahniah kepada penganjur yang berjaya menaikkan nama Serian dengan jumlah kehadiran pengunjung yang cukup ramai serta melepasi sasaran.Penduduk Serian cukup sporting dan menyokong penuh acara yang di terajui oleh anak tempatan.

 

 

Apa kata anda?

avatar