Meyakinkan untuk perjalanan jauh – ZONTES

77

Belum pun sampai sebulan di perkenalkan di negara kita,namun cerita tentang motosikal dari Negara Tembok Besar,China saban hari terpampang di laman media sosial.Apakah benar dan tepat sekali cerita-cerita tersebut.

Persoalan tersebut mungkin dapat diselesaikan dengan bukti bergambar serta jawapan dari yang menunggang motosikal tersebut.

 

Tester berpeluang berkonvoi dengan penunggang wanita yang telah menggunakan motosikal Zontes iaitu model ZT310-T sebanyak dua buah,ZT310-X dan ZT310-R.

Paling menakjubkan semua yang menunggang motosikal Zontes adalah dari Malaysia Timur iaitu Sarawak.Dan ini merupakan pengalaman kali pertama buat mereka menunggang motosikal di semenanjung.

Motosikal Zontes merupakan segmen lightweight terkini dibawa masuk ke negara kita.Jadi teramat bersesuaian untuk penunggang wanita ataupun mereka yang baru bejinak dengan dunia motosikal berkuasa tinggi.

4 penunggang wanita dari Sarawak telah berkonvoi bersama-sama dengan Gabungan Kelab Bikers Wanita seramai 108 buah motosikal.Konvoi yang bermula dari Putrajaya telah menuju ke destinasi di Pasir Gudang, Johor.

Pn Nurul sharinna dengan ZT310-R

Puan Nurul Sharinna yang berpeluang menunggang Zontes 310-R sejauh 335km dan berpengalaman selama 5 tahun menunggang motosikal berkuasa tinggi, menyifatkan motosikal model Zontes ini adalah senang dikawal serta sesuai untuk wanita.

Beliau yang mempunyai motosikal Harley Sporster 883 di Sarawak, berpendapat model Zontes ini tidak terlalu berat dan masih lagi berkategori motosikal yang santai serta tidak terlalu agresif.

Mel ladys bikers kuching

Pendapat tersebut turut disokong oleh seorang lagi penunggang wanita dari Kuching,Sarawak.Mel itu lah nama penunggang yang tersohor dari grup Ladies Bikers kuching.Beliau memiliki Kawasaki Z250 di Kuching.

Mel cukup berminat menunggang ZT310-T

Mel yang jelas cukup meminati model ZT310-T, turut menyatakan model tersebut merupakan model yang bakal mendapat tempat di hati peminat 2 roda di Bumi Sarawak.

Ladys Bikers dari Sarawak,kusyen yang rendah meyakinkan beliau menunggang ZT310-T

Ini kerana model Adventure permulaan itu memenuhi ciri-ciri bagi perjalanan di Sarawak.Dan tambahnya lagi harga pun mampu milik.

Jadi persoalan adakah model Zontes ini mampu untuk perjalanan jauh? Penunggang wanita telah membuktikannya dengan jarak 670km bagi dua hala iaitu PutraJaya-Pasir Gudang,Johor-Putra Jaya.

Konvoi ini bersesuaian dengan visi Zontes iaitu prestasi,inovasi,teknoloji terkini dan gaya. Ianya juga menawarkan keselesaan,aksesbiliti serta praktikal dan harga yang kompetitif.

Komen anda mungkin membantu