Inilah sebabnya Mitsubishi henti pengeluaran kereta prestasi

0
 
IKLAN

Mitsubishi cukup kaya dengan sejarah kereta prestasinya. Selain dari 10 generasi Lancer Evolution, terdapat banyak lagi kereta menarik. Pelbagai versi Eclipse, 3000GT, Starion, Lancer 1600 GSR dan Galant VR4.

Namun semuanya telah pupus dan tiada kesinambungan dirancang. Nama Eclipse pun akan diguna semula untuk model crossover. Perkara serupa juga bakal berlaku pada nama Evolution. Tapi mengapa?

 
IKLAN

Di Geneva Motor Show, pengarah urusan Mitsubishi UK, Rob Lindley menerangkan rasional di sebalik strategi syarikat Jepun itu. “Fokus Mitsubishi kini ialah SUV, crossover, pacuan empat-roda dan teknologi bahan api alternatif”, katanya.

Jika anda hendak berpegang pada satu sahaja jenis kenderaan, SUV adalah pertaruhan terbaik. Syarikat-syarikat lebih besar juga begini. Tidak lama lagi, Ford hanya akan menjual SUV dan crossover di AS, kecuali Mustang.

Perubahan tidak dapat dielakkan ini sememangnya memberikan ruang yang kecil sahaja kepada kereta sports. Ini ditunjukkan dengan pengeluaran Mustang yang diteruskan semula, dan Toyota yang baru-baru ini memperkenalkan semula Supra.

Baca:   9 kunci kereta dengan rekaan unik

Begitu juga Honda yang telah lama meninggalkan kereta sports, membawa semula Civic Type R dan NSX. Jadi, mungkin Mitsubishi juga boleh lakukan perkara sama? Jawapannya adalah tidak, sayang sekali.

“Sebagai sebuah perniagaan yang menjual 1.2 juta kenderaan di seluruh dunia, dari sudut global, ia bukanlah besar. Jika anda mencuba dan duduk di semua segmen pasaran dan mengikut trend seperti kereta sports, ia akan menjadi sukar dari sudut ekonomi,” Lindley menerangkan.

Ia satu point yang baik. Toyota yang menjual hampir sembilan kali ganda lebih banyak kereta dari Mitsubishi, pada 2019 hanya mampu menghasilkan Supra baharu dengan mengadakan kerjasama bersama BMW. Dan walaupun kita semua sukakan NSX baharu, jualannya tidak begitu baik.

Sayang sekali, kereta sports bukan lagi jenis kereta yang pengguna sukakan, dan dalam keadaan ini, sebuah Mitsubishi Evo 11 tidak akan berjaya.

Apa kata anda?

avatar