Mercedes E 350 AMG Line pelengkap rangkaian baharu E-Class

0
 
IKLAN

Dalam zaman semuanya menawarkan SUV, Mercedes masih mementingkan siri sedan mereka. Sedan mewah merupakan definisi Mercedes-Benz.

Untuk itu, Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini memperkenalkan E 350 AMG Line yang ditawarkan dengan enjin efisyen serta sistem-sistem bantuan pemanduan baharu.

 
IKLAN

E 350 AMG Line kini bukan lagi plug-in hybrid, tetapi mild hybrid. Ia dilengkapi enjin 2.0-liter turbo dengan generator penghidup yang dipacu oleh tali sawat.

Sebagai tambahan, syarikat itu turut menawarkan Mercedes E 300 Exclusive Line dan E 200 SPORTSTYLE Avantgarde. Ketiga-tiga varian ini adalah pemasangan tempatan (CKD).

Mercedes E 350 AMG Line

Varian ini boleh dikenalpasti dari penggayaan AMG-nya yang memberikan imej sporti. Baru dan unik pada E 350 ini adalah Driving Assistance Package, suatu pakej yang merangkumi beberapa teknologi keselamatan.

Ia juga dilengkapi suspensi Dynamic Body Control yang membolehkan pemandu menala penyerap hentak untuk kelincahan maksima atau keselesaan, bergantung kepada situasi pemanduan.

Baca:   Lelaki ini borong 6 Rolls-Royce sekali gus

Spesifikasi:

  • RM399,888.00
  • 0-liter 4-silinder turbo petrol
  • 299 hp @ 5,800 rpm
  • 400 Nm @ 3,000-4,000 rpm
  • 150 Nm tork tambahan dari generator penghidup
  • 0-100 km/j dalam 5.9 saat
  • Teknologi 48V
  • Transmisi 9G-TRONIC
  • Suspensi DYNAMIC BODY CONTROL
  • DYNAMIC SELECT

Mercedes E 300 Exclusive Line

Varian ini merupakan versi elegan dengan ciri klasik Mercedes. Ini termasuklah gril klasik dan bintang bucu tiga pada bonet. E 300 mendapat ciri baharu iaitu Lane Tracking Package yang merangkumi Blind Spot Assist dan Lane Keeping Assist.

Spesifikasi:

  • RM379,888.00
  • 0-liter 4-silinder turbo petrol
  • 258 hp @ 5,800 rpm
  • 370 Nm @ 1,800-4,000 rpm
  • 0-100 km/j dalam 6.2 saat
  • Transmisi 9G-TRONIC
  • Suspensi AGILITY CONTROL
  • DYNAMIC SELECT

Mercedes E 200 SPORTSTYLE Avantgarde

E 200 pula menampilkan penggayaan Avantgarde dengan kemasan krom dan rim aloi 18-inci. Di dalam, pakej SPORTSTYLE diteruskan dengan headliner fabrik hitam, konsol tengah dengan kemasan karbon aluminium, pedal sport stainless steel dan tikar lantai SPORTSTYLE.

Baca:   [VIDEO] Pemandu wanita pertama dunia

Spesifikasi:

  • RM329,888.00
  • 0-liter 4-silinder turbo petrol
  • 197 hp @ 5,500 rpm
  • 320 Nm tork @ 1,650-4,000 rpm
  • 0-100 km/j dalam 7.5 saat
  • Transmisi 9G-TRONIC
  • Suspensi AGILITY CONTROL
  • DYNAMIC SELECT

Apa kata anda?

avatar