Typo Atau Model Baru: BMW F850RS?

26

Adakah motosikal kategori kelas perengahan yang baru dari BMW Motorrad? Itulah perdebatan di media sosial sekarang.Ini kerana syarikat di UK ,telah mengeluarkan kenyataan di risalah untuk peniaga dan pengedar mereka.

Tidak begitu cepat kata BMW Motorrad UK. Walaupun versi sport-touring platform F850 akan menjadi model yang cukup menarik, syarikat itu mengatakan bahawa tulisan “F850RS” adalah kesilapan, sebaliknya mereka ingin menulis “F850GT” dalam teks risalah.

Adakah kesilapan itu di sengajakan atau di sebabkan kejujuran?

Maksudnya, idea mengenai BMW F850RS bukanlah sesuatu yang mustahil akan wujud.

Ramai berpendapat,sebelum mencetak, mereka yang bertanggungjawab merupakan orang terakhir membuat semakan secara terperinci dan kesilapan global seperti ini tidak harus berlaku.

Jadi kepada peminat tegar motosikal Adventure BMW khasnya di Malaysia.Kita bolehlah menggangap isu tersebut satu kesilapan yang tidak di sengajakan.

Kredit:ASPHALT&RUBBER

 

 

Komen anda mungkin membantu