10 kereta 4-pintu terpantas di Nurburgring

100

Untuk rekod ujian masa di litar, lokasi terpenting untuk ukuran ini ialah di Nurburgring. Litar di Jerman yang dikenali dengan “Green Hell” ini menyaksikan kereta yang semakin pantas saban tahun. Rekod untuk kereta produksi terpantas buat masa ini ialah Lamborghini Aventador SVJ dengan catatan masa 6:44.97.

Namun bukan semua kereta terpantas adalah model sports dua pintu. Terdapat juga model sedan atau SUV empat pintu berprestasi tinggi yang mencatat masa mengagumkan di sini. Malah siapa sangka model empat pintu boleh mencatat masa lebih baik dari sesetengah model sports dua pintu.

Kita mulakan dengan tempat ke-10 hingga tempat pertama.

  1. 2017 Volvo S60 Polestar – 7:51.11

Imej: SonnyDickson

Volvo sebenarnya “menyimpan” rekod Nuburgring S60 Polestar mereka sebagai rahsia selama setahun sebelum mendedahkannya pada 2017. Dengan enjin twin-charged 362hp, tidak sukar untuk ia mencatatkan 7:51.

  1. 2015 Honda Civic Type-R – 7:50.63

Imej: Carbuyer

Walaupun tidak lama, Type-R generasi sebelum ini memegang rekod pacuan roda-depan terpantas di Nurburgring dengan masa 7:50.63. Rekod itu dipecahkan oleh Volkswagen Golf GTI Clubsport S tiga-pintu tidak lama selepas itu.

Jom Baca:   Mercedes-AMG GT 63 S-Empat Seater - Terpantas di Nurburgring

Honda bagaimanapun merampas semula takhta itu, seperti yang anda akan tahu kemudian.

  1. 2019 Mercedes-AMG GLC 63 S – 7:49.37

Imej: Mercedes-Benz

Mengalahkan Type-R dengan hanya satu saat ialah SUV AMG berkuasa V8 iaitu GLC 63 S. dengan 503hp dihantar ke semua roda, tidak mengejutkan yang ia mampu mencatat masa sepantas itu. Buat masa ini, ia SUV terpantas di Nurburgring.

  1. 2018 Mercedes-AMG E63 S Wagon – 7:45.19

Imej: AutoEvolution

Dengan 7:45 di tangan Christian Gebhardt dari Sport Auto tahun lepas, Mercedes-AMG E 63 S menjadi wagon terpantas di Nurburgring. Pencapaian ini sangat menakjubkan untuk sebuah kenderaan keluarga mewah.

  1. 2017 Honda Civic Type R – 7:43.8

Imej: Honda

Ramai yang merungut tentang rekaan Civic Type-R terkini yang dikatakan agak “sibuk” dan boy-racer. Namun kesemua ini memang berkesan dan terbukti dengan pencapaian kereta pacuan roda-depan terpantas di Nurburgring.

  1. 2018 BMW M5 – 7:38.92

Imej: Slash Gear

BMW M5 baharu memang ganas, menyamai masa yang dicatat oleh Porsche Panamera Turbo di tangan pemandu BMW sendiri. Dan jangan lupa ada versi lebih pantas iaitu BMW M5 Competition

  1. 2017 Porsche Panamera Turbo – 7:38

Imej: The Drive

Untuk generasi kedua Panamera, Porsche telah memastikan untuk menambahbaik rupa kereta itu. Tetapi mereka juga telah membuatkan ia lebih pantas di litar. Pada 2016, ia berjaya mencatatkan masa 7:38, menjadikannya sedan terpantas pada masa itu.

  1. 2017 Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio – 7:32

Imej: Car and Driver

Dalam usaha menyaingi BMW M3 dan Mercedes-AMG C 63, Alfa Romeo mencuba cara terbaik yang mampu dilakukan. Versi Giulia QV menghasilkan 505hp, mencapai 100km/j dalam 4 saat dan dengan masa 7:32 di Nurburgring, ia kini sedan empat pintu kedua terpantas.

  1. 2019 Mercedes-AMG GT 63 S – 7:25:41

Imej: Mercedes-Benz

Walaupun Mercedes mahukan anda berfikir bahawa GT sedan mereka ialah sebuah “coupe”, ia sebenarnya sebuah hatchback dengan bumbung condong dan empat pintu. Mercedes mendakwa 7:25 ini ialah rekod untuk “kereta produksi empat tempat duduk”, tetapi Nissan GT-R juga mempunyai empat tempat duduk dan lebih pantas.

Jom Baca:   Mercedes-AMG GT 63 S-Empat Seater - Terpantas di Nurburgring

  1. 2018 Jaguar XE SV Project 8 – 7:21.23

Imej: Evo

Jaguar memang all-out semasa menghasilkan XE SV Project 8. Ia sebuah kereta unik yang lebih eksklusif dari XE sedan biasa dengan panel badan gentian karbon, aero di sana sini, dan V8 supercaj 592hp. Semua ini ditafsirkan kepada catatan 7:21, menjadikan Project 8 sedan paling pantas yang pernah mengelilingi Nurburgring.

Komen anda mungkin membantu