Mitsubishi Lancer CB8A – Phantom of the Opera

0
 
IKLAN

Disebabkan Proton Wira dibina berasaskan Mitsubishi Lancer, tidak hairanlah model Mitsubishi itu selalu menjadi arah modifikasi Proton Wira.

Ia memerlukan mata yang teliti untuk menilai mana satu Lancer original, dan mana satu Lancer “jadian”.

 
IKLAN

Kali ini kami ingin tampilkan sebuah Mitsubishi Lancer CB8A original. Menariknya, kereta kali ini telah ditransformasi (ini bukan kempen politik ya) dari enjin diesel asal berkuasa 68 hp yang biasa kepada 4G63T turbo dengan kit stroker 2.2-liter yang bukan biasa-biasa.

Berikut adalah spesifikasi penuh Mitsubishi Lancer CB8A ini:

Modifikasi enjin: 4G63T diubahsuai, kit stroker 2.2-liter, piston Toyota 1JZ 86mm, conrod Brian Crower I-Beam, palam coil-on Race-Tech (edisi terhad), turbo Garret GT35, blow-off Apexi twin chamber, waste gate Tial 44 mm, injector Racetronic 1050cc, fuel regulator Sard, oil catch tank kustom, intercooler Nissan Skyline R32, radiator aluminium AVS, camshaft HKS 272-darjah, pam minyak Walbro 255 lph dan external 2 unit Bosch 044, surge tank kustom, kit AEM Methanol, plat penyejuk Race-Tech (edisi krom), paip ekzos stainless steel, peredam HKS Silent Hi Power

Baca:   Inilah sebabnya Mitsubishi henti pengeluaran kereta prestasi

Transmisi: Manual 4WD sepenuh masa dengan LSD Kaaz 2-arah/full-lock, Race-Tech smooth shifter, Race-Tech solid shifter Worx, plat klac diperkukuh Race-Tech, plat klac competition berkembar

ECU dan elektronik: Microtech LT 10s, Microtech X4, boost controller Greddy Profec B spec II

Brek: Brembo Evo 6 (depan & belakang) advance liquid gold chrome coated, Race-Tech Brake Stopper

Suspensi dan casis: Penyerap hentak boleh laras Titan, bar fender J’s Speed, room bar, bar belakang Cusco, kit alignment casis Race-Tech (depan dan belakang), roll-cage Advance

Rim dan tayar: Tayar Toyo R888 235/45/17, rim OEM Lancer Evolution 9 advance liquid concept magnesium blue coated

Dalaman: Meter Defi Amber Red (turbo, tekanan petrol, tekanan minyak, suhu air, suhu minyak), meter suhu ekzos HKS, meter nisbah udara-minyak AEM, pemasa turbo ARK, stereng Momo 2-spoke, tempat duduk Recaro Lancer Evolution 7, karpet depan aluminium, map holder ARP

Baca:   Tokyo Auto Salon 2019- Van ini pasti membuatkan anda teruja dengan penampilannya

Luaran: kit badan Full Blast, bampar depan Kansai, fender Full Blast CF, pintu asal berserta Advance Liquid dibaluti karbon, cermin sisi Ganador, bonet depan gentian karbon

Secara umum, Lancer CB8A ini diubahsuai dari kereta asal untuk pemanduan harian biasa kepada berspesifikasi sedia untuk berlumba. Syabas kepada pemilik!

Apa kata anda?

avatar