Volvo XC90 2019 lebih mesra alam, dilengkapi sistem brek KERS canggih

18

Volvo Cars mengumumkan SUV XC90 terkini yang akan menampilkan pilihan enjin dengan teknologi terbaharu untuk penjimatan bahan api.

Untuk pertama kali, XC90 menawarkan sistem brek kinetic energy recovery system (KERS). Ia dipadankan dengan enjin pembakaran dalaman sedia ada untuk melahirkan powertrain terbaharu dengan lencana ‘B’.

Powertrain ini dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api sehingga 15 peratus dan pengurangan pencemaran dalam pemanduan dunia sebenar.

Ia menggunakan teknologi brake-by-wire yang berinteraksi dengan KERS yang menghasilkan semula tenaga melalui brek.

Pengenalan XC90 dengan lencana ‘B’ ini menandakan langkah ke hadapan Volvo dalam aspirasi elektrifikasi mereka. Ia juga melengkapi teknologi T8 Twin Engine sedia ada.

Luaran

Pembaharuan di aspek luaran perlukan mata yang teliti untuk dikenalpasti. Antaranya adalah rim baharu, warna badan dan gril baharu.

Dalaman

Di dalam pula, ciri rekaan kabin yang memenangi banyak anugerah dikekalkan, tetapi terdapat penambahan dari segi tempat duduk yang boleh disusun dengan konfigurasi berbeza.

Jom Baca:   Tempah SUV Proton X70 hanya RM99

Ini termasuklah varian empat tempat duduk Excellence, tujuh tempat duduk untuk keluarga dan enam tempat duduk yang baharu. Terdapat juga pilihan bahan untuk kabin seperti campuran bulu.

Keselamatan

Sebagai sebuah Volvo, XC90 ini lengkap dengan ciri keselamatan aktif seperti City Safety dan Blind Spot Information System. City Safey dengan Autobrake masih satu-satunya sistem dalam pasaran yang mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar.

Sistem Oncoming Lane Mitigation yang baru diperkenalkan kepada XC60 turut hadir dalam XC90. Kesemua sistem ini menjadikan Volvo XC90 antara kenderaan paling selamat di jalanraya.

Komen anda mungkin membantu