Nik Omar dan Mazda MX-5 di Litar Sepang

72

Nik Omar Nik Abdul Aziz dikenali kerana berkecimpung dalam dunia politik. Tetapi tahukah anda bekas calon PH yang bertanding dalam kerusi DUN Chempaka pada PRU14 itu juga meminati sukan permotoran?

Nik Omar baru-baru ini berpeluang meluangkan masa melakukan pemanduan prestasi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memandu Mazda MX-5.

“Pengalaman memandu kereta sport di litar pada kelajuan hampir 200 km/j memberikan kepuasan maksimum yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Biarpun gentar pada mulanya, tetapi perasaan itu hilang sebaik sahaja pemanduan dimulakan dan saya berjaya menamatkan tiga pusingan,” katanya.

Nik Omar turut berkongsi bahawa selain sukan permotoran, beliau juga sukakan sukan lain yang mencabar adrenalin seperti berkuda. Ini kerana ia menggambarkan kekuatan tentera Islam pada zaman Rasulullah SAW.

Komen anda mungkin membantu