Honda Africa Four – Model Baru?

0
 
IKLAN

Honda mempunyai varian Sport Adventure di kelas tertinggi dengan nama Honda Africa Twin. Motosikal Honda CRF1000L mempunyai rupa yang dinaik taraf dengan dimensi tinggi sehingga ia bersedia di tunggang dalam semua keadaan.

Menjadi teka-teki apabila pertama kali melihat gambar motosikal ini.Persoalannya adakah ini produk baru Honda ?

Africa Four

Bandingkan dengan Honda Africa Twin:

 
IKLAN
Africa Twin

Jika Honda Africa Twin mempunyai fairing setengah,berbeza dengan Honda Africa Four kelihatan seperti Naked Scrambler yang di kustom,dengan enjin 4 silinder yang menarik, terutama ekzos 4 lubang.

Melihatkan pada gambar motosikal,rasanya kita dapat meneka jenis motosikal ini?
Dari reka bentuk kotak engkol,jelas asalnya adalah motosikal Honda CB1000R yang telah diubah suai menjadi sebuah motosikal “Adventure”.

Namun Africa Four ini nampaknya sangat berbeza jika dibandingkan dengan Africa Twin. Tetapi dari segi kuasa,Africa Four  yang berasaskan enjin CB1000R dengan enjin 4 silinder,143hp kuasa pada 10,500 rpm dan 104 Nm tork pada 8,250 rpm.

Manakala Afrika Twin dengan enjin 2 silinder hanya mempunyai kuasa puncak 69.2 kW @ 7,500 rpm , dan tork puncak 95.4 Nm @ 6,000 rpm.

Kesimpulannya, Honda Africa Four bukanlah produk baru dari Honda, tetapi sebuah motosikal diubahsuai khusus yang dibuat oleh seorang penjual motosikal Honda di Switzerland iaitu Honda Brivemo Motos.

Mereka menghasilkan dan juga menjual motosikal Honda dalam keadaan standard dan juga yang telah dimodifikasi.Buktinya adalah Africa Four.Satu idea hasil dari kacukan Neo Sport Cafe dan elegan Honda CB1000R menjadi sebuah motosikal Adventure dikenali sebagai “Honda Africa Four.”

Apa kata anda?

avatar