Perlumbaan Toyota Vios Challenge di TGR Festival Pulau Pinang hujung minggu ini

31

Bagi orang Pulau Pinang, ini peluang anda untuk menyaksikan perlumbaan Toyota Vios Challenge. Perlumbaan jalanan yang sengit ini adalah sebahagian dari karinval Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival yang akan berlangsung di Stadium Batu Kawan hujung minggu ini (23-24 Februari).

Pelbagai aktiviti sampingan akan turut disediakan seperti pameran kenderaan Toyota, penampilan khas selebriti terkemuka dan perhimpunan kelab-kelab kereta Toyota. Dan semestinya, terdapat juga permainan untuk seisi keluarga, konsert mini dan festival makanan jalanan.

Aksi perlumbaan di dalam litar sepanjang 1.56 km diperkarangan Stadium Batu Kawan yang terdiri daripada 11 selekoh dan enam laluan lurus, bakal menyaksikan 40 pemandu bersaing dalam tiga kelas berbeza; Kategori Promotional (Selebriti), Sporting (Amatur) dan Super Sporting (Profesional).

Tidak ketinggalan ialah barisan selebriti yang akan turun ke litar, terdiri daripada Diana Danielle, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Akim Ahmad, Mohd Shukri Yahaya, Shawn Lee, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Aiman Tino.

Jom Baca:   BMW Z4 2019 dipertonton, anggaran harga RM460k

Komen anda mungkin membantu