Honda Jazz Mugen dan BR-V Special Edition terhad 300 unit setiap satu

0
 
IKLAN

Dalam meneruskan inisiatif untuk merancakkan lagi pasaran, Honda Malaysia memperkenalkan Jazz Mugen dan BR-V Special Edition. Kedua-dua model adalah terhad kepada 300 unit setiap satu.

Jazz Mugen

Honda Jazz Mugen dipertingkatkan dengan kit badan Mugen yang sporti. Versi Mugen ini dihasilkan dari maklum balas pasaran yang mahukan Jazz supaya lebih menyerlah.

 
IKLAN

Ia terdiri daripada bampar Aero, lampu kabus LED, gril depan baharu dan kemasan di pintu but belakang. Kit ini adalah tambahan kepada skirting tepi serta belakang, dan spoiler but belakang.

Honda Jazz Mugen dikuasakan oleh enjin i-VTEC 1.5-liter yang dipadan dengan transmisi CVT Earth Dreams. Ia juga dilengkapi sistem keselamatan terkini sperti enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), Anti-Lock Braking System (ABS) dan ISOFIX.

Harga:

Modern Steel Metallic: RM88,600

White Orchid Pearl: RM88,720

Baca:   Honda e Prototype sebuah EV comel, canggih tetapi retro

Honda BR-V Special Edition

Bagi mereka yang mencari crossover tujuh tempat duduk, BR-V Special Edition menampilkan tambahan pada luarannya. Ini termasuklah spoiler pintu but belakang, running board dan kemasan pemijak tepi.

Di dalam, terdapat sistem infotainmen 6.8-inci dengan sambungan telefon pintar. Tiada perubahan pada enjin, ia masih dipacu oleh unit i-VTEC 1.5-liter dengan transmisi CVT Earth Dreams.

Harga:

Passion Red Pearl (warna baharu): RM90,700

White Orchid Pearl: RM91,000

Apa kata anda?

avatar