Aplikasi “RIDEOLOGI” membantu pemilik motosikal KAWASAKI

20

Pemilik motosikal Kawasaki yang menggunakan telefon pintar (Smart Phone) bolehlah memuat naik aplikasi “RIDEOLOGI APP” pada telefon pintar mereka.Aplikasi tersebut disambungkan dengan Bluetooth.

Anda boleh menyemak dan mengemaskinikan maklumat motosikal dengan bersambung terus dalam aplikasi.

Aplikasi ini berfungsinya dengan menyemak maklumat tentang keadaan motosikal seperti Odometer, kecondongan Sudut yang Maksimum, jadual penyelenggaraan dan lain-lain.

“Maklumat motosikal”, “Jarak dan Jadual Perjalanan” dimana kita boleh menyimpan tarikh dan masa perjalanan, laluan, jarak tempuh dan masa pergerakan,”Penalaan” fungsi yang boleh mengubah pelbagai tetapan sistem kawalan elektronik dan lain-lain.

Antara model terkini yang boleh diaktifkan dengan aplikasi ini ialah VERSYS1000 SE, CARBON Ninja H2, Ninja H2 SX SE. Model-model lain akan akan dikemaskini kemudian.

Komen anda mungkin membantu