Ford Focus ST 2019 lebih berkuasa, kini dengan pilihan diesel

0
 
IKLAN

Semua orang sukakan yang terbaik dan nombor 1 seperti Ford Focus RS dan Volkswagen Golf R. Namun versi lebih mampu-milik seperti Focus ST dan Golf GTi tetap menjadi satu cabang penting untuk kedua-dua pengeluar.

Ford Focus ST 2019 akan didapati dengan enjin 2.3-liter EcoBoost turbo berkuasa 276hp. Buat pertama kalinya juga, pilihan enjin diesel akan ditawarkan. Ia merupakan unit 2.0-liter diesel yang ditala untuk menghasilkan 187 hp. Bergantung kepada pasaran, Focus ST akan ditawarkan dengan pilihan badan hatchback 5-pintu atau wagon.

 
IKLAN

Ford Europe juga telah memberikan LSD (limited-slip differential) elektronik untuk pertama kali bagi kereta pacuan roda depan. Ia akan memberikan tahap cengkaman lebih baik dengan menggunakan kawalan komputer.

Focus ST akan turut menampilkan setting suspensi yang lebih sporti serta calliper brek dua-piston yang akan sukakan pemanduan litar.

Baca:   Ford Ranger terus ‘Tough’

Anda rasa Type-R atau Golf GTi terlalu biasa? Maka mari kita sama-sama berharap agar Focus ST tiba di Malaysia nanti!

Apa kata anda?

avatar