Honda Civic Type-R sebagai Helang PDRM?

0
 
IKLAN

Kami baru sahaja menerima kiriman beberapa keping gambar menunjukkan Honda Civic Type-R FK8 dengan pelekat badan PDRM.

Tidak dapat dipastikan adakah ia akan menjadi pengganti Helang Lebuhraya PDRM yang dulu tugasnya digalas oleh Mitsubishi Evo X.

 
IKLAN

Dari gambar, pelekat badannya adalah sama seperti pada Proton Preve dan Inspira untuk unit-unit rondaan. Tiada pelekat dengan logo khas.

Kami juga belum mendapat kepastian mengenai berapa unit jumlah Civic Type-R ini yang dibeli oleh pasukan PDRM.

Tugas kereta peronda sebelum ini, ia akan digunakan untuk tugas-tugas khas seperti menumpaskan penjenayah yang melarikan diri dengan memandu laju di jalan raya.

Honda Civic Type R yang dilancarkan pada November 2017 dijana enjin VTEC Turbocharged dengan menyalurkan 310PS dengan tork maksimum 400Nm.

Jentera yang sesuai untuk pemanduan di litar dan jalan biasa itu turut memiliki tiga mod membabitkan Comfort, Sport dan +R untuk memberi prestasi berbeza.

Baca:   Honda sedang menyiapkan superbike Freblade brutal untuk 2020?

Terima kasih kepada saudara Faiq Fahtullah kerana mengirim gambar kepada kami!

Apa kata anda?

avatar