Kalau sudah terlalu kaya

39

Apabila sudah terlalu kaya,maka pelbagai perkara dapat di lakukan.Duit bukanlah suatu isu. Kepuasan diutamakan,hajat di penuhi.

 

Phuc XO atau nama sebenarnya Tran Ngoc Phuc berusia 36 tahun.Lelaki terkaya dari Vietnam telah menghabiskan RM262,680.60 untuk menyaluti 3 buah motosikalnya dengan emas.

 

Menurut Phuc,sebanyak RM87,560.20 telah dihabiskan bagi menghiaskan setiap motosikalnya.Dua daripadanya telah siap dan dibawa pulang manakala sebuah lagi masih dalam proses akhir untuk disiapkan.

 

Phuc turut mendakwa nilai motosikal pertamanya iaitu Harley Davidson mencecah harga melebihi RM 472,000 setelah ianya siap di balut emas.Sementara motosikal kedua jenis Honda pula dianggarkan bernilai RM262,000.

Dan sebuah lagi motosikalnya yang bakal disiapkan tidak lama lagi dikatakan mempunyai nilai tertinggi sekitar RM 875,000.Beliau yang sentiasa ditemani sekurang-kurangnya lima pengawal peribadi dalam memastikan keselamatan dan juga tiada siapa mencuri barang kemasnya.

Ini kerana Phuc sentiasa memakai emas dengan berat keseluruhan 13kg.Koleksinya ketika ini adalah aksesori emas besar,terdiri daripada rantai emas dengan loket seberat 5kg.

Dua gelang besar 5kg,empat cincin dimana masing-masing beratnya 500gram dan tali pinggang emas.Kesemuanya berjumlah 13kg dan dianggarkan bernilai USD 550,000 (RM2.3 juta).

 

 

 

Komen anda mungkin membantu