40 – Hepi Besday Rossi

0
 
IKLAN

Diam tak diam dah siri “4” rupanya Valentino Rossi.Ingatkan muda lagi,mantap,prestasi masih terbaik,kehebatan masih terserlah.Inilah Otai MotoGP.

Rossi sewaktu menunggang Honda

Juara Dunia Sembilan Kali Valentino Rossi menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 40 hari ini.

Rossi tidak mengecewakan Honda

Kisahnya cukup panjang sehingga berjaya meraih kejayaan.Bermula sebagai anak lelaki yang berani dudok dan membongkok di Aprilia RS125 dan RS250.

 
IKLAN
Saat mengecewakan sewaktu menunggang Ducati

Bermula dari tahun 1997,dia memenangi 125cc, 250cc, 500cc dan beberapa gelaran MotoGP di sepanjang karier. Kini sudah masuk tahun ke 22 dunia MotoGP masih lagi tidak mendengar sebarang pengumuman tentang pengundurannya.

Gelaran terkini

Pelbagai nama samaran ataupun panggilan di berikan kepadanya.Antara yang mendapat perhatian ialah “GOAT” bermaksud Greatest Of All Time.Dan The Doctor sehingga kini cukup sinonim degan beliau.

Anak murid kesayangannya, mendiang Simonecelli

Sesetengah peminat menyatakan Rossi sudah terlalu tua untuk MotoGP,bak kata pepatah diam-diam ubi berisi,begitu juga dengan Rossi makin tua makin menjadi.Namun dapat di perhatikan disetiap litar kehadiran Rossi jelas menyerikan gelanggang.

Peminat setia “46” tidak pernah lekang dari memberi inspirasi dan sorakan apabila kelibat “Vale 46” melintasi tempat duduk mereka.

Namun bagi Valentino Rossi,kata-kata semangat dari ayahnya merupakan penghalang bagi dirinya untuk mengundurkan diri dari Sukan permotoran. Ini lah yang di katakan “Anak Bapak”.

Bikers Kental

Selamat Menyambut hari Ulangtahun ke 40 Valentino Rossi,semoga tahun ini Yamaha dan Anda semakin maju ke depan.

Koleksi kenderaan Valentino Rossi

koleksi Kenderaan Valentino Rossi

Apa kata anda?

avatar