“Saya suka motosikal ini” – SuperKIP

0
 
IKLAN

Pelumba Petronas Sprinta Racing,Khairul Idham Pawi atau lebih di kenali “Super KIP” jelas cukup selesa dan suka dengan motosikal barunya.

Sesi Pra Musim di litar sepang baru-baru ini telah membuktikan wujudnya perkembangan positif antara penunggang dan motosikal.

 
IKLAN

Khairul Idham Pawi,Pelumba Moto2 negara. 2019 merupakan musim keempat bagi “Super KIP” dalam saingan kelas pertengahan.

Triumph, buat pertama kalinya musim ini membekalkan enjin mereka bagi menggantikan enjin Honda yang di gunakan sebelum ini.Jentera Kalex adalah teramat baru bagi Khairul Idham Pawi dan sudah semesti terlalu banyak yang perlu dihadam demi kejayaan bagi musim ini.

Namun anak muda ini cepat belajar dan memahami segala aspek yang ada di jentera barunya itu. “Penetapan asas dan sistem eletronik yang ada di motosikal cukup membantu dalam catatan masa dan gaya menunggang,” demikian luahan Khairul Idham Pawi tentang jentera barunya.

Pengarah Pasukan Petronas SRT,Johan Stigefelt bersetuju dengan kenyataan “Super KIP” dalam usaha memantapkan lagi prestasi jentera dan penunggang Moto2 itu.

 

 

Beliau juga berpuashati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh pasukannya di sepanjang 3 hari ujian pra musim di litar sepang.

Super KIP dan pasukannya akan meneruskan usaha demi memantapkan lagi prestasi jentera di sesi ujian ke 2 di Jerez pada 20 hingga 22 Februari nanti.

Semoga Pelumba Petronas Sprinta Racing ini berjaya menjejakkan kakinya kepodium pada musim 2019,seperti mana pernah dilakukan oleh beliau sebelum ini.

 

Apa kata anda?

avatar