Perodua Myvi catat sejarah lagi, lebih 100,000 unit terjual

86

Perodua Myvi boleh dikatakan telah menjadi ikon Malaysia dan catat sejarah kerana menjadi kereta terlaris. Untuk generasi ketiga, Myvi baru, sebanyak 100,000 unit telah terjual setakat ini.

Myvi Baru
Myvi Baru

Menurut pengarah urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Zahari Husin, sejak pelancaran Myvi ini pada November 2017, sebanyak 100,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan. Ini bersamaan dengan 1,560 unit seminggu.

Beliau menambah, “Perodua Myvi merupakan model yang paling berjaya dalam sejarah kami. Myvi generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2005 ke dalam pasaran Malaysia yang pada ketika itu didominasi oleh kenderaan sedan.”

Perodua Myvi baru telah catat sejarah, 100,000 telah dimiliki
Perodua Myvi baru telah catat sejarah, 100,000 telah dimiliki

Pada 2013, jualan Myvi telah mengatasi jualan keseluruhan Kancil (708,000 unit dari 1994 hingga 2009). Dengan lebih 1 juta unit Myvi generasi pertama dan kedua, ini menjadikan jumlah jualan Myvi sebanyak 1.1 juta kesemuanya.

Menurut Dato’ Zahari lagi, tempahan untuk Myvi generasi ketiga telah mencecah 150,000.

Komen anda mungkin membantu