BMW E30 coupe ini mencari pemilik baharu, banyak jajan!

0

BMW E30 merupakan antara model 3-Series terawal, iaitu generasi kedua. Semasa mula diperkenalkan pada 1982, ia hanya didapati dengan badan coupe dua-pintu.

Pilihan empat-pintu hanya diberikan setahun kemudian pada 1983 sebelum pilihan convertible pada 1985. Terdapat juga model Touring iaitu wagon dua tahun kemudian.

Generasi E30 dihasilkan sehingga 1994 sebelum diganti dengan 3-Series E36.

Sebuah E30 coupe dua pintu kini boleh anda miliki. Ya, ada di Malaysia untuk dijual! Ia bukanlah versi prestasi E30 M3, tapi mana nak cari badan sporti dua pintu begini, kan? Tambahan pula kondisi pun cantik, kira ambil kunci jalan terus ni.

Ia juga datang dengan banyak jajan. Macam pelik pula guna istilah jajan untuk kereta Continental, ah tapi biarlah! Ini senarai modifikasi ringkas dan tambahbaik yang dilakukan oleh pemilik:

  • Badan siap restore sepenuhnya; fender, hud, firewall, ruang enjin, lantai
  • Kit badan penuh M Tech 2
  • Pemijak tepi pintu M Tech
  • Tempat duduk depan dan belakang M Tech
  • Roda stereng M Tech 1
  • Cermin pandang belakang M3
  • Black nose original
  • Brek belakang cakera diubahsuai
  • Pendawaian enjin M40
  • Tombol gear M
  • Pin kunci M
  • Pedal kaki M
Baca:   Gear manual masih popular untuk kereta, ini senarainya

Harga buka ialah RM40k. Pemilik boleh dihubungi di 012-234 2405 (Hariz Badari), lokasi di Kota Damansara.

Apa kata anda?

avatar