Lelaki ini borong 6 Rolls-Royce sekali gus

0
 
IKLAN

Mereka yang betul-betul kaya hanya mampu membeli kereta mewah, Rolls-Royce untuk dijadikan pengangkutan untuk urusan rasmi atau sebagai koleksi.

Jika mampu memiliknya, sudah pasti membeli seunit sahaja kerana harganya yang cukup mahal mencecah belasan jutaan ringgit.

Namun berbeza pula dengan hartawan ini, Reuben Singh selaku ketua pegawai kksekutif bagi syarikat alldayPA dan Isher Capital apabila membeli enam unit Rolls-Royce.

Mungkin enam kenderaan itu dijadikan sebagai hadiah untuk dirinya sendiri berikutan kejayaan dalam perniagaannya.

Berdasarkan dalam Instagramnya, Reuben menerima tiga Rolls-Royce Phantom dan tiga Rolls-Royce Cullinan.

Jika di Malaysia, Rolls-Royce Cullinan baharu sahaja dilancarkan pada Januari lalu yang dijual bermula RM1.8 juta.

Adanya 6 unit model Rolls-Royce baharu itu, beliau boleh bergilir-gilir menukar kereta setiap hari. Malah, lebih mengejutkan lagi apabila kini beliau sudah memiliki 20 unit model Rolls-Royce untuk dijadikan koleksinya.

View this post on Instagram

Nearly 1 year of hard work by everyone @rollsroycecars to create these first 2 sets of Pairs. Collectors are passionate about their collections be it art, gems, stamps, fine wine or cars. Passion is something personal to each of us and is not to be judged by. We all should inspire each other to dream our dreams and find our passion.🙏 . . . . #turban #singh #matchingoutfits #matchingturbans #turbanchallenge #rollsroyce #sikh #sardar #charity #desi #punjabi #india #indian #ootd #religiouslife#hypebeast#picoftheday #photooftheday #christianlouboutin #tomford #gucci #berluti #louisvuitton #billionairecouture #billionaire @rollsroycecars #london #reubensingh #entrepreneur #entrepreneurlifestyle #entrepreneur @rollsroyceedinburgh

A post shared by Reuben Singh (@singhreuben) on

Ini bermakna beliau sebelum ini sudah mempunyai model Rolls-Royce seperti Phantom sedan, Phantom Coupe dan Dawn convertible.

Selain mempunyai koleksi Rolls-Royce, Ruben memiliki beberapa model kereta supercar lain seperti Bugatti Veryon, Porsche 918 Spyder dan Mercedes SLR.

Hebat betul beliau, kita ni nak beli Perodua Axia pun buat pinjaman bank.

Baca:   Mercedes E 350 AMG Line pelengkap rangkaian baharu E-Class

Apa kata anda?

avatar