[Video]- Guna WD-40 pun boleh jernihkan lampu depan, memang berkesan!

0

Ramai yang gemar buat sendiri (DIY atau do it yourself) sesuatu aktiviti pada kereta masing-masing. Basuh kereta sendiri, tukar alat ganti sendiri dan baiki sendiri. Ia bukan sahaja menjimatkan wang, malah berikan kepuasan.

Setakat perkara-perkara biasa yang tidak memerlukan alatan canggih dan mahal, lebih seronok buat sendiri, bukan? Ibarat bonding moments dengan kereta masing-masing.

Untuk mencuci bahagian panel luar kereta seperti badan dan lampu, biasanya terdapat kit cucian dijual di kedai aksesori. Namun untuk DIY ke satu tahap lagi, ada yang gunakan bahan alternatif yang boleh dijumpai di rumah.

Mencuci lampu depan contohnya, ada yang mengatakan boleh guna ubat gigi sebagai bahan alternatif. Ramai yang telah mencuba, dan ia memang berkesan untuk lampu depan jenis plastik, bukan kaca. Lampu depan yang kusam dapat dijernihkan dan dikilatkan seperti baharu.

Tetapi “penemuan terbaru” (dah macam saintis pula) mendakwa anda boleh gunakan WD-40 untuk tujuan sama. Siapa yang tidak kenal WD-40. Kaki DIY pasti tahu betapa bergunanya semburan cecair ini.

Baca:   Jom bawa pulang Toyota Sienta
Toyota Tacoma 2011 (Foto: Motor Trend)

Dalam video di Youtube, seorang pengguna telah mencuba menjernihkan semula lampu depan Toyota Tacoma 2011 miliknya menggunakan WD-40. Ada yang mengatakan ianya mitos, namun pengguna ini mahu mencuba dan mengujinya sendiri.

Ada sesiapa yang pernah guna teknik sama? Atau ada bahan lain yang boleh jernihkan lampu?

Apa kata anda?

avatar