Ferari F40 Fast N’ Loud ini bakal dilelong, sekali lagi

0

Sebuah Ferrari F40 tahun 1991 popular yang telah direstorasi dan dimodifikasi oleh Gas Monkey Garage akan ke pusat lelongan sekali lagi.

Supercar ikonik Itali itu pernah muncul dalam Fast N’ Loud pada 2013 selepas Richard Rawlings dan Dennis Collins dari Gas Monkey Garage membeli F40 yang baru lepas kemalangan. Harganya ketika itu ialah $400,000 (RM1,638,600). Tidak lama selepas itu, satu restorasi yang mahal dan berisiko dijalankan.

Pasukan Gas Monkey Garage meleraikan kereta itu untuk meluruskan dan memperkukuhkan rangka yang telah bengkok. Kerja ini dilakukan di bawah seliaan pakar restorasi Ferrari, Stuart Singer dan juruteknik Lamborghini/Ferrari, M. Luongo.

Mereka juga berusaha menambahbaik F40 itu dengan memberinya sepasang pengecas turbo yang dipertingkat untuk enjin 2.9-liter V8 itu. Kemudian, kereta itu dipasang dengan flywheel aluminium, klac Kevlar, ekzos prestasi Tubi, penyerap hentak boleh-laras Penske Racing dan rim HRE. Akhir sekali, F40 itu disembur dengan warna hitam menggantikan warna asal merah.

Baca:   Ferrari 250 GTO 1962 cipta rekod lelongan termahal dunia – RM200 Juta

Ferrari F40 Gas Monkey Garage ini pernah dilelong dengan harga $742,500 (RM3,041,651.25) pada 2014, namun hanya setahun kemudian, ikon baseball Reggie Jackson menjual kereta itu di pusat lelongan pada $643,500 (RM2,636,097.75).

Kereta itu dibeli oleh Richard Scott yang mana pada 2017 ditahan polis kerana kes rasuah. Penguasa merampas aset-asetnya dan F40 unik itu akan dilelong di acara Apple Towing Company di California pada 5-7 Februari ini.

Richard Rawlings berkata dia akan membida kereta ini “dengan agresif” untuk mendapatkan semula kunci kepada salah satu kenderaan paling popular dari syarikatnya.

Kami harap Richard akan menjadi pemilik terbaik F40 hitam ini. Penat juga mendengar Ferrari ini bertukar-tukar tangan.

Apa kata anda?

avatar