Volvo Car Malaysia catat pertumbuhan 35%, lantik pengarah urusan baharu

0

Volvo Car Malaysia merekodkan pertumbuhan 35 peratus pada 2018 dengan 1,384 kenderaan diserahkan berbanding 1,021 unit pada 2017.

Untuk eksport pula, sebanyak 1,889 unit V40, XC40, S60, V60, XC60 dan XC90 dieksport ke Thailand, Taiwan, Filipina dan Vietnam. Kesemua model ini dikeluarkan dari fasiliti syarikat itu di Shah Alam.

Pertumbuhan ini disumbangkan oleh pelan transformasi yang diketuai oleh pengarah urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland.

“Dari perspektif pelanggan, perubahan pertama dapat dilihat pada operasi jualan sedia ada kami ialah implementasi Volvo Retail Experience (VRE), suatu standard pengedar yang menyokong barisan produk kami dengan baik,” kata Stegland.

Volvo Service Agreement (VSA) juga dilancarkan pada 2018 – perjanjian servis yang merangkumi pakej komprehensif untuk penggantian alat ganti wear-and-tear. Ia memberikan pemilik kebebasan memilih VSA 3 atau VSA 5 (pelan 3 atau 5 tahun).

Nalin Jain sebagai pengarah urusan baharu

Nalin Jain dilantik sebagai pengarah urusan baharu Volvo Car Malaysia menggantikan pengarah urusan pada masa ini, Lennart Stegland. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Mac 2019 nanti.

Baca:   Geely lancar SUV coupe, mirip X4

Sebelum ini, Jain merupakan ketua pegawai kewangan Volvo Auto India dan mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman dalam automotif, perundingan dan teknologi.

Apa kata anda?

avatar