Honda Civic Type-R tapau Lexus LC500 di litar Jepun

0

Anda pasti sudah kenal Honda Civic (FK8) Type-R yang menjadi perhatian semasa pelancarannya, seperti juga Type-R yang lain.

Top Gear baru-baru ini menggandingkan Civic Type-R itu dengan sebuah supercar, Lexus LC500. Ya, kami tahu kedua-dua kenderaan ini bukan dalam liga yang sama. Tetapi masing-masing cemerlang dalam kelas masing-masing.

Honda Civic Type-R memegang rekod kereta pacuan roda depan terpantas di beberapa litar seluruh dunia termasuklah Nurburgring, Jerman. Lexus LC500 pula mempunyai enjin naturally-aspirated yang merdu dan rekabentuk menggiurkan dengan segi dan bucu tajam.

Spesifikasi Honda Civic Type-R:

Enjin: 2.0-liter DOHC, V-TEC Turbo

Kuasa: 306 hp @ 6,500 rpm

Tork: 400 Nm @ 2,500 rpm

Transmisi: Manual 6-kelajuan, pacuan roda depan

Pecutan 0-100 km/j: 5.8 saat

Berat: 1,390 kg

Harga: RM330,002.00

Spesifikasi Lexus LC500

Enjin: 5.0-liter DOHC, naturally-aspirated, VVT

Kuasa: 470 hp @ 7,100 rpm

Baca:   Penukaran segera beg udara Takata untuk pengguna Honda

Tork: 540 Nm @ 4,800 rpm

Transmisi: Automatik 10-kelajuan, pacuan roda belakang

Pecutan 0-100 km/j: 4.4 saat

Berat: 1,970 kg

Harga: RM1,242,000.00

Dalam perbandingan ini, Civic Type-R dipandu oleh salah seorang penyampai Top Gear, Chris Harris.  Dan disebabkan ini bukan di United Kingdom, maka mereka menjemput sepupu Jepun, The Stig Ninja yang memakai sut hitam.

Jadi, bagaimana Civic Type-R dengan kuasa lebih rendah mampu ‘menapau’ Lexus LC500 yang jauh lebih berkuasa?

Dua sebab utama; berat dan jenis litar. LC500 agak berat kerana ia bukanlah direka untuk ‘dilenjan’ di litar, tetapi untuk perjalanan jarak jauh sporti yang selesa. Litar juga agak sempit dengan jarak antara setiap selekoh tidak begitu jauh.

Jadi, walaupun LC500 mempunyai 160 hp lebih dari Type-R, namun ia hampir 600 kg lebih berat. Ini ‘membantutkan’ sedikit prestasinya di litar.

Baca:   Honda CB1100 RS dilancar, RM76k, gaya sport klasik

Mungkin LC500 akan mempunyai peluang lebih cerah sekiranya ia berentap dengan Civic Type-R di litar GP bersaiz penuh seperti Suzuka, Spa-Francorchamps atau Sepang.

Apa pun, enjoy video ini!

Apa kata anda?

avatar