Bimbang tak cukup duit nak bayar tol, apa kata guna TollGuru

0

Di zaman dengan telefon pintar ini, kehidupan kita telah dipermudahkan dengan pelbagai aplikasi berguna.

Untuk pemanduan harian, terdapat aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze. Bukan sahaja mereka yang tinggal di bandar gunakannya untuk mengelak kesesakan trafik, mereka yang datang ke tempat baharu juga boleh meneroka bandar dengan lebih cekap.

Artikel kali ini kami ingin kongsikan aplikasi terbaharu iaitu TollGuru yang membantu anda membuat kiraan kos perjalanan. Tidak seperti namanya, ia bukan sahaja mengira kos tol, ia turut mengira kos petrol anda.

Kos tol

Untuk kos tol, anda boleh pilih beberapa laluan (jika ada alternatif) untuk ke destinasi anda seperti aplikasi navigasi lain. Di sini, ia akan paparkan kos tol dikenakan untuk setiap laluan itu.

Anda juga boleh pilih paparan untuk melihat pecahan berapa jumlah plaza tol akan dilalui dengan kos setiap satunya.

Baca:   Cara terbaik elak kesesakan trafik pada Thaipusam ini

Kos petrol

Untuk kos petrol, ia akan dikira berdasarkan kelas kenderaan. Terdapat tetapan dimana anda boleh masukkan jenis kenderaan untuk aplikasi membuat perkiraan petrol yang akan digunakan untuk laluan dipilih.

Antara tetapan adalah bilangan tayar dan gandar kenderaan (kereta, trak pikap, lori, dan sebagainya) dan jenis bahan api serta harganya.

Maklum balas

Sudah tentu, tiada aplikasi yang sempurna. Kesilapan seperti harga tol atau harga petrol boleh terjadi, dan anda boleh jadi penyumbang dengan memberi maklum balas atau laporkan masalah.

Senarai lebuhraya

Di sini adalah senarai lebuhraya yang boleh anda gunakan aplikasi TollGuru ini:

  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya KL-Karak (KLK)
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya LINKEDUA
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Grand Sepadu
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
  • Lebuhraya SMART
  • Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)
  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  • Jambatan Sultan Abdul Halim (JPP2)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)

Apa kata anda?

avatar