Pasukan rali Porsche baik pulih enjin dan transmisi dalam tempoh 11 minit

0

Dalam sukan permotoran rali, sudah pastinya kenderaan yang digunakan sangat lasak kerana terpaksa menempuh laluan berliku dengan kelajuan tinggi.

Jadi kenderaan juga seperti badan kita, apabila dikerah pada tahap maksimum ia akan rosak sekali gus akan memberi kesan dalam perlumbaan.

Sekiranya mengalami kerosakan, sudah pastinya ia memerlukan proses baik pulih dengan pantas bagi membolehkan perlumbaan dapat ditamatkan dengan sempurna.

Seperti dalam video di bawah, sebuah Porsche 911 dalam perlumbaan East African Safari Classic Rally mengalami kerosakan enjin dan sistem transmisi.

Menariknya, proses membaikinya hanya mengambil masa kurang daripada 12 minit.

Ini boleh dikatakan rekod yang terpantas dilakukan pasukan berkenaan bagi membolehkan  menamatkan perlumbaan itu.

Pasukan itu melakukan dengan pantas dan juga bijak, tetapi paling penting ia selamat.

Namun, kalaulah kita hantar kereta kerosakan enjin dan transmisi di bengkel, belum tentu boleh disiapkan dalam tempoh sehari.

Baca:   Porsche 718 Cayman SportDesign Series unik untuk pasaran Malaysia

Apa kata anda?

avatar