Yamaha R25 2019 dipertonton, pelancaran Mac ini

2
 
IKLAN

Selain pelancaran Tracer 900 GT, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut mempertontonkan YZF-R25 pada acara sama.

Harga akan diumum pada pelancarannya Mac ini. Ia bakal ditawarkan dengan dua warna sporti – Matt Red dan Metallic Blue.

Pembaharuan pada R25 2019 dari segi luaran adalah gaya aerodinamik yang diinspirasi dari jentera lumba YZR-M1. Muka depan R25 kini juga lebih menyerupai YZF-R1. Lampu depannya menggunakan unit LED.

Panel instrumen LCD pula kini dikemaskini dengan lampu shift light dan terdapat juga suis utama 3 dalam 1. Perubahan lebih menyerlah ialah di aspek suspensi dimana fork depan inverted baharunya direka untuk ketegaran kawalan dan rasa sporti.

YZF-R25 2019 menggunakan enjin serupa pada model sebelum ini iaitu unit 249 cc dua silinder selari DOHC dengan sejukan cecair. Enjin ini mampu mengeluarkan 35.5 hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 rpm.

Baca:   Yamaha MT-07 ‘Dark Attraction’ memasuki pasaran Malaysia

Unit yang dipertontonkan ini tidak dilengkapi ABS, dan ia menggunakan tayar 110/70 depan dan 140/70 belakang. Rim pula bersaiz 17 inci.

Kami akan kongsikan maklumat lebih lanjut pada pelancaran rasminya nanti. Sementara itu, pada pendapat anda berapakah harga yang akan ditawarkan? Model sekarang dijual pada RM19,463.

2
Apa kata anda?

avatar
1 Comment threads
1 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
2 Comment authors
Amirul HazmiAlif Recent comment authors
newest oldest most voted
Alif
Guest
Alif

Anggaran harg jualan berapa ?