(Video) Geely FY11 papar lampu LED pintar, potensi jadi Proton X80?

1
 
IKLAN

Model pertama Geely yang menggunakan pelantar CMA (dibangunkan bersama Volvo) iaitu FY11 dilihat akan menampilkan sistem lampu LED pintar. Ini adalah seperti dipaparkan dalam video pendek oleh rakan media kami, Automachi.

Klip itu menunjukkan bahawa Geely FY11 akan dilengkapi lampu depan LED sepenuhnya, DRL dan lampu belakang LED. Ia juga akan menggunakan lampu isyarat belok jenis sequential (nyalaan seperti bergerak).

Terdahulu, imej keseluruhan Geely FY11 mula tersebar awal bulan lalu. Tidak seperti Boyue (model asal Proton X70) yang lebih konvensional, FY11 mempunyai rekabentuk SUV Coupe seperti Mercedes GLC Coupe dan BMW X4.

Perinciannya juga lebih dinamik dan agresif berbanding Boyue atau X70. Terdapat bampar dan gril depan agresif, garisan karakter lebih menyerlah dan rim berwarna gelap.

FY11 ini juga sebenarnya lebih besar dari Boyue atau X70. Dimensinya (panjang x lebar x tinggi) adalah 4,605 mm x 1,878 mm x 1,643 mm, lebih panjang dan lebar berbanding X70. Cuma X70 50mm leboh tinggi berbanding FY11. Jarak rodanya pula ialah 2,700 mm, juga lebih panjang berbanding X70.

Baca:   Satria Neo CUSCO Rally untuk dijual, betul-betul rare!

Jika ia dijadikan model Proton suatu hari nanti, kami rasa ia akan dinamakan sebagai X80 dan bukan X60.

Seperti yang dilaporkan beberapa minggu lalu, FY11 akan mendapat enjin 1.5-liter tiga silinder turbo dengan motor elektrik. Ia boleh menjadi plug-in hybrid (PHEV) atau separa hibrid.

Geely FY11 dijangka akan dilancarkan secara rasmi di Shanghai Auto Show 2019.

1
Apa kata anda?

avatar
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
max Recent comment authors
newest oldest most voted
max
Guest
max

lawa doo