Pelancaran CFMOTO 250NK

0

Penghujung tahun lepas, kami pernah mengeluarkan artikel tentang desas-desus kemasukan model motosikal ini. Kini ianya bukan lagi mimpi.

Majlis pelancaran telah dilakukan dengan menampilkan 2 warna yang menarik.Seiras pandang sama seperti Naza Blade 250 naked.Itu hanya seiras pandang dan tak semestinya sama.

Mempunyai 4 injap, DOHC,250cc enjin silinder tunggal dengan EFI.Sementara berat hanya 151kg dengan bahan bakar tangki 12.5 liter.

Reka bentuk yang ringkas namun dibekalkan dengan sistem terkini, antaranya sistem brek di lengkapi dengan J.Juan,satu jenama dari Sepanyol yang digunakan oleh pelumba MotoGp bagi kelas Moto 3.

Bagi model 250 NK SE,di lengkapi dengan ABS yang terbukti memberi cengkaman yang hebat semasa membrek dalam kecemasan.Serta skrin warna TFT LCD.manakala model asas mendapat skrin LCD Monokrom.

Pemilihan tayar depan bersaiz 110/70/17 dan belakang 140/60/17 jelas menunjukkan motosikal ini berprestasi tinggi dan mencengkam dengan sempurna semasa memasuki selekoh.

Baca:   Tunggang Uji -KTNS CFMOTO 650MT

Rekabentuk Kiska dengan rekabentuk moden,sporty dan berprestasi terkini.Idealoji CFMOTO iaitu “Harmony,Good faith dan Innovation” telah berjaya membawa jenama keluaran CFMOTO hingga ke piawaian antarabangsa.

Di Malaysia KTNS Holdings Sdn Bhd hasil kerjasama dengan CFMOTO , telah membawa masuk model 650 MT pada 2018.

Terdapat dua pilihan warna untuk 2019 250 NK iaitu electro Silver dan Nebula Black.Bagi model Standardmotosikal sudah berada di pengedar sah CFMOTO bermula bulan Januari.

Dan untuk 250 NK SE di jangka akan berada di ruang pameran pengedar sah CFMOTO pada bulan februari.

 

Apa kata anda?

avatar