Harga bahan api naik mulai esok, 19 Januari

44

Harga runcit bahan api petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 6 sen setiap satu berkuat kuasa mala mini. Harga diesel pula naik sebanyak 12 sen.

Ini menjadikan harga petrol RON95 naik daripada RM1.92 kepada RM1.98 dan RON97 naik daripada RM2.22 kepada RM2.28.

Untuk diesel pula, harga selepas jam 12 malam ini ialah RM2.17 daripada RM2.05.

Kesemua harga bahan api ini akan kekal sehingga harga baharu diumum minggu depan, 25 Januari 2019.

Ini adalah lanjutan dari kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa penukaran harga bahan api secara mingguan adalah selaras dengan trend perubahan harga minyak mentah dunia.

Selamat beratur di stesen minyak!

Komen anda mungkin membantu