Perodua Aruz dilancar, SUV dengan nilai terbaik di Malaysia

0
 
IKLAN

Setelah lama menyepi dalam segmen SUV, Perodua kembali dengan Aruz. Ia SUV yang dibangunkan bersama rakan teknikalnya iaitu Toyota dan Daihatsu. Justeru, ia berkongsi pelantar dan kebanyakan komponen bersama Toyota Rush dan Daihatsu Terios (di Indonesia).

Ketika majlis pelancaran, Perodua mengumumkan mereka telah mengutip 2,200 tempahan sejak ia dibuka pada 3 Januari lalu. Menurut syarikat itu lagi, pengenalan Aruz memberikan rakyat Malaysia lebih akses kepada trend terkini automotif dunia.

Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5 X pada RM 72,900 dan 1.5 Advance pada RM77,900.

Enjin dan transmisi

Perodua Aruz dipacu oleh enjin 2NR-VE bersesaran 1.5-liter DOHC dengan Dual VVT-i. Enjin yang dipasang di kilang Perodua di Sendayan itu mampu menghasilkan 101 hp pada 6,000 rpm dan 133 Nm tork pada 4,200 rpm.

Transmisinya ialah automatik 4-kelajuan dan menggunakan pacuan roda belakang.

Baca:   Kia pamerkan koleksi SUV Telluride dan Forte GT di SEMA 2018

Luaran

Kelengkapan luaran Aruz sedikit berbeza dari adik-beradiknya iaitu Rush dan Terios. Ia mendapat gril krom, lampu depan LED dengan fungsi­ follow-me-home dan lampu belakang LED. Namun 1.5 Advance dilengkapi lampu automatik dan rel bumbung.

Rim aloi 17-inci dan tayar 215/60 adalah standard untuk kedua-dua varian. Untuk warna badan, terdapat pilihan lima warna iaitu Amazon Green (warna baharu), Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White.

Kabin

Dalam kabin pula, Aruz 1.5 X hadir dengan tempat duduk fabrik dan stereng balutan urethane. Namun Aruz 1.5 Advance diberikan kemasan kulit untuk tempat duduk dan sterengnya.

Kelengkapan lain termasuklah sistem Eco Idle, Smart Entry dengan butang penghidup enjin, pembaca tol binaan dalaman, enam pembesar suara, dua port USB dan dua soket 12V.

Sementara 1.5 X menggunakan pendingin hawa manual dan sistem audio digital (USB, Bluetooth dan MP3), 1.5 Advance mendapat penghawa dingin digital dan sistem multimedia dengan navigasi serta Smart Link.

Baca:   Proton X70 tawar prestasi yang terbaik dan dijual bermula RM99,800

Keselamatan

Perodua Aruz cukup lengkap di aspek keselamatan. Ciri seperti ABS, EBD, ESC, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), isyarat kecemasan (ESS), bantuan mula bukit (HSA), kamera undur dan ISOFIX adalah standard. Cuma 1.5 Advance ditambah dengan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 dan perakam video memandu (DVR).

Apa kata anda?

avatar