Toyota Mark X GRMN ini ada spesifikasi tak masuk akal untuk 2019

0

Normal bagi kereta moden sekarang untuk datang dengan enjin turbo, transmisi automatik pantas dengan paddleshifter, brek tangan elektronik dan segala macam sistem bantuan pemanduan aktif.

Tetapi tidak dengan Toyota Mark X GRMN ini. Ia hadir dengan spesifikasi tak masuk akal untuk tahun 2019 dan untuk sedan segmen-D. Mana tidaknya, enjinnya 3.5-liter V6 naturally-aspirated, brek tangan mekanikal, transmisi pun manual enam-kelajuan! Anda suka merungut traffic jam?

Produk GRMN dari Toyota sememangnya berkesan dalam membawa model-model Toyota agar lebih mengujakan untuk dilihat dan dipandu. Selepas GT-86 GRMN edisi terhad dan Yaris GRMN untuk pasaran Eropah, kini Mark X GRMN diperkenalkan.

Ia menawarkan kelengkapan yang ‘dirindui’ oleh peminat pemanduan sporti. Penampilan luarannya lebih kemas dan tajam manakala dalamannya pula memfokus kepada pemanduan. Roda stereng tiga-spoke, tempat duduk sports yang memegang anda ketika di selekoh dan sistem kawalan kestabilan yang boleh dipadam sepenuhnya.

Baca:   Toyota Classics 2018 Tampil Orkestra The Age of Enlightenment, London

Talaan GRMN juga termasuklah sistem suspensi yang lebih agresif dan rim 19-inci BBS yang menggiurkan.  Oh ya, bumbungnya diperbuat dari gentian karbon untuk merendahkan pusat graviti (masih ingat BMW M3?).

Jika anda mahukan Mark X GRMN ini, anda haruslah mengimportnya kerana ia hanya untuk pasaran Jepun. Ia juga harus direbut cepat kerana hanya 350 unit akan dikeluarkan. Sayang betul… Harga jualan ialah 5,000,000 Yen (RM188,600). Kalau Camry spec macam ni okay tak?

Apa kata anda?

avatar