RM7 juta boleh berikan rumah unik untuk petrolhead

0
 
IKLAN

Jika anda ada wang untuk beli rumah besar, adakah anda akan beli rumah banglo tiga tingkat di kawasan elit? Atau anda sebagai peminat kereta, tidak membeli rumah, sebaliknya membeli sebuah ‘tempat tinggal’ yang lebih unik?

Lihatlah Volkner Mobil Performance S ini, menepati citarasa anda sebagai seorang petrolhead? Ia merupakan sebuah bas yang diubahsuai menjadi rumah bergerak, lengkap dengan katil berkembar, dapur lengkap, lounge dan bilik mandi luas. Ruang dalamannya juga diperbuat dari bahan mewah berkualiti tinggi seperti hotel 5-bintang.

 
IKLAN

Eh tetapi kita kan petrolhead, tak lengkap lah tanpa kereta. Ya, anda boleh bawa sekali kereta bersama Volkner Mobil Performance S ini. Bayangkan dari KL anda menjelajah ke Penang, parkir bas ini di suatu tempat, dan keluarkan kereta anda untuk bersiar-siar sekeliling pulau.

Tapi pastikan kereta anda kereta rendah seperti Ferrari 458 Italia, BMW i8 atau Porsche 911. Ini kerana ruangan dengan lif elektrohidraulik di bawah perut bas ini tidaklah begitu tinggi untuk meletak kereta seperti sedan atau SUV.

Rumah bergerak sepanjang 12 meter dan setinggi 3.8 meter ini boleh menggunakan casis bas dari Volvo atau Mercedes-Benz. Seberat 18 tan, ia mampu mengeluarkan kuasa sebanyak 430 hp atau 460 hp.

Volkner Mobil Performance S dijual pada harga permulaan $1.7 juta (RM7 juta). Sekiranya anda ada bajet lebih, bolehlah belanja sehingga RM8.2 juta untuk menambah pelbagai lagi aksesori mewah tambahan.

Video:

Apa kata anda?

avatar