Syarikat supercar Itali, Lamborghini bukan sahaja menayangkan kereta di CES 2019, tetapi juga kerusi urut istimewa. Kerusi urut yang dinamakan LBF-750 itu direka dengan kerjasama syarikat berpangkalan di Los Angeles iaitu BodyFriend.

Foto: NY Post

Kerusi urut BodyFriend ini bukan sekadar bernama Lamborghini, ia memang direka berdasarkan model Aventador Roadster. Ia siap dengan rekaan tajam bersegi serta cat dari warna kereta sebenar. Peminat Lamborghini bolehlah beli untuk koleksi, kan?

Tetapi harganya ialah $30,000 (RM122,880), telan air liur jugalah tengok harganya. Sememangya ia suatu barangan ultra-mewah yang sesuai untuk mereka yang ada kereta Lamborghini tetapi ‘sayang’ memandu kereta terlalu banyak kerana risaukan mileage terlalu tinggi.

Foto: Gizmodo

Antara fungsi istimewa pada LBF-750 ini ialah bunyi ngauman enjin yang akan ‘menyambut’ anda setiap kali butang penghidup ditekan. Semua fungsi seperti lampu LED, bunyi dari surround speaker juga boleh dilaras.

Baca:   Lamborghini SC18 Alston daripada Squadra Corse

Terdapat juga fungsi ‘urutan otak’ yang dikatakan mampu meningkatkan konsentrasi dan memberi rasa tenang. Paling menarik ialah jika anda tidak mahu berkongsi kerusi ini, kunci saja dan ia hanya boleh dihidupkan dengan cap jari anda.

Video:

Apa kata anda?

avatar