DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menghantar Tun Dr. Mahathir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menaiki sebuah Proton Saga edisi pertama. Tun M sebelum itu mengadap Sultan Johor di istana baginda, Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Proton Saga yang digunakan baginda Sultan Johor ternyata nampak bersih berkilat seperti baru keluar kilang! Saga edisi pertama itu memakai plat pendaftaran Proton 1, kami tak mahu ceritalah berapa harga plat itu sekarang.

Proton Saga merupakan model sulung Proton yang mula dikeluarkan pada 1985. Pelancarannya disempurnakan oleh tak lain tak bukan, Tun Dr. Mahathir sendiri. Saga pertama dilancarkan menggunakan enjin 1.3-liter 4G13, tetapi Saga biru ini adalah versi 1.5S yang menggunakan nadi 1.5-liter 4G15.

Baca:   Proton X70 tawar prestasi yang terbaik dan dijual bermula RM99,800

Apa kata anda?

avatar