Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, dikerumuni lebih 300 mat moto ketika sedang makan di sebuah restoran di Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini.

Bagaimanapun, situasi itu adalah sempena sambutan Mini Gathering Spark Malaysian Club Johor yang buat julung kalinya dihadiri Farid yang juga Ikon mat moto bagi kelab permotoran itu.

Farid ketika ditemui agak terkejut dan teruja dengan sambutan meriah diberikan ahli Spark Johor serta komuniti permotoran di negeri itu. Ia menunjukkan semangat keharmonian tinggi dalam menjayakan perjumpaan berkenaan.

Menurutnya, itu adalah pertemuan kali pertamanya bersama Spark Johor dan kali kedua menyertai siri jelajah berkenaan yang dianjurkan dalam bentuk mini ‘gathering’ bagi mencari serta mendaftarkan ahli baharu menyertai Spark.

“Besar harapan saya untuk melihat komuniti permotoran ini bergerak dalam satu kelab yang tersusun dan mempunyai aktiviti berfaedah buat ahli. Ia sekali gus, mengurangkan gejala lumba haram sehingga mengakibatkan perkara tidak baik berlaku

Baca:   Suzuki lancar V-Strom 250 ABS

“Penubuhan Spark Malaysian Club ini juga diharapkan dapat mengubah persepsi dan stigma masyarakat terhadap mat moto yang mungkin sebelum ini dianggap sebagai kumpulan yang kerap menimbulkan masalah,” katanya.

Hadir sama, Presiden Spark Malaysian Club, Zul Huzaimy dan Presiden Spark Johor yang juga pelawak, Mamat Sepah.

Sementara itu, Zul Huzaimy berkata dalam tempoh hampir tiga bulan sejak ditubuhkan awal Oktober tahun lalu.

Menurunya, kini Spark Malaysian Club kini memiliki kira-kira 1,000 ahli berdaftar seluruh negara.

Sesiapa yang menjadi ahli Spark Malaysia Club juga akan mendapat kelebihan. Ia antaranya khairat yang jarang diberikan persatuan atau kelab lebih-lebih lagi membabitkan permotoran seperti ini.

“Jangan ingat kami hanya menunggang motosikal, semua itu kami lupa. Tidak, selepas ini setiap urusan  akan diuruskan dengan sempurna oleh kita semua,” katanya.

Video:

View this post on Instagram

from @dayanaroza SPARK GATHERING 2018 Thank you everyone for coming! Korang memang sporting! Alhamdulillah our first event berjaya! . Congratulations guysssss!! Wooohooooo! Berbaloi kulit rentung kan😂 🎥 @dayanaroza @sparkmalaysianclub @sparkmalaysianclub @zulhuzaimy_m @faridkamilz @miszerna @catfarish @mamatsepah @arinrajalawak @acheykintangkintung @azlym131 @izzat_stuntman @amai_kamarudin @azlankomeng #sparkmalaysianclub

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz) on

Apa kata anda?

avatar