“Make Life a Ride” tanpa risau dengan Program Waranti 3-Tahun BMW

121

Untuk anda yang sedang mencari motosikal premium, BMW Motorrad memberikan anda satu lagi sebab untuk memilih motosikal mereka. Syarikat itu memperkenalkan dua program baharu – Program Waranti dan Program Bantuan Tepi Jalan. Kedua-dua program bertempoh 3-tahun itu memberikan tanda aras baharu untuk pemilikan motosikal segmen ini.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Pengalaman pemilikan yang bebas daripada sebarang kekhuatiran merupakan kunci kepada ekspresi premium bagi kenderaan yang ditawarkan oleh BMW Group”.

Program Waranti 3 Tahun BMW Motorrad yang baharu ini meliputi pembaikan serta penggantian komponen secara percuma bagi isu yang melibatkan kecelaan produksi. Program ini juga didukung oleh BMW Group AG.

Program Bantuan Tepi Jalan ini pula memberikan khidmat profesional dan bantuan pakar untuk situasi kecemasan seperti kerosakan. Ia diuruskan oleh pasukan yang terdiri dari pakar-pakar dan boleh dihubungi 24/7/365.

Kedua-dua program boleh dimohon bagi kesemua motosikal BMW yang berdaftar dari 1 Januari 2019. BMW Motorrad Malaysia juga telah mengemas kini harga bagi kesemua model kenderaannya. Berikut ialah senarai harga terkini bagi model BMW Motorrad:

 

Komen anda mungkin membantu