Prodrive P2 dibina berinspirasikan Subaru AWD Coupe

0
 
IKLAN

Pada awalnya, model P2 yang dibina pada 2006 ini, hanya untuk digunakan sebagai demonstrasi bagi menunjukkan ciri-ciri Prodrive yang lengkap dengan teknologi untuk digunapakai oleh kenderaan yang menyertai perlumbaan.

Enjinnya berasaskan enjin Subaru, iaitu enjin 2.0-liter turbo flat-four yang menghasilkan 345hp. Ia dipadan dengan transmisi manual 6-kelajuan dan pacuan semua roda. Prodrive dikatakan boleh mencapai kelajuan tertinggi pada 174 batu sejam (280 km/j) dan pecutan 0-96 km/j hanya dalam 3.8 saat. 

 
IKLAN

Kenderaan ini memiliki system anti-lag yang membolehkannya memercikkan api dan bunyi yang seperti dikeluarkan oleh WRC. Lengkap dengan teknologi dan kelebihannya yang tersendiri, kenderaan ini tampak hebat dan unik berbanding mana-mana pesaingnya. 

Prototaip P2 telah siap dikeluarkan dalam tempoh 9 bulan di Prodrive, UK. Peter Steven merupakan individu yang dipilih untuk menerima tanggungjawab membuat badan kereta tersebut.

Baca:   Subaru Forester STI dan Impreza STI tampil karakter lebih sporty

Walaupun kereta ini tidak kelihatan cantik, namun kecantikan bukanlah sebab utama kereta ini dibina. Rupanya kelihatan mempunyai segi yang lebih tajam dan kemas, ditambah dengan bonggol-bonggol dan ruang kemasukan udara yang besar.  Ia memiliki dua pintu dan kelihatan seperti kereta lumba yang telah diubahsuai untuk membolehkan dipandu di atas jalan raya.

Casis

Chasis bagi kereta ini juga berasal daripada Subaru R1, yang merupakan kenderaan rasmi Kei pada masa itu. Namun, sedikit sentuhan telah diberikan oleh Prodrive bagi menyuai-padankan dengan powertrain dan badan coupe.

Ciri utama yang diketengahkan pada kereta ini ialah gabungan antara sistem anti-lag dan pusat aktif ATD Prodrive dan bahagian belakangnya. Semua ini menjadikan P2 kelihatan seperti sebuah kereta yang sempurna dan lengkap daripada hanya memiliki kuasa 345hp.

Produksi

Sekiranya pihak pengilang bercadang untuk mengeluarkan model ini, harga yang mungkin akan ditawarkan untuk memiliki P2 ialah sekitar $50,000, mengikut matawang semasa. Namun, semuanya mungkin hanya tinggal angan-angan kerana mereka tidak bercadang untuk menjualnya ketika memulakan projek ini. Sekiranya mereka mengambil keputusan untuk memasarkannya, Mitsubishi Evolution dan Nissan GT-R bakal beroleh pesaing baru.

Apa kata anda?

avatar