Seorang calon ujian memandu telah mengugut pegawai JPJ di sebelahnya dengan pisau. Calon itu dipercayai sedang mengambil ujian ulangan jalanraya, dan dikatakan merupakan ujian keempat diambilnya.

Namun ketika hendak menukar tempat duduk semula, calon itu mengacukan pisau kepada pegawai itu dipercayai berang dengan kegagalannya. Menurut laman Facebook Malaysian Response Team, kejadian berlaku di Seremban, Negeri Sembilan.

Mujurlah tiada kejadian serius atau tidak diingini berlaku. Calon itu pun telah ditahan oleh JPJ dan pisaunya dirampas. Seperti yang anda lihat di sini, gambar calon telah di-censored, tapi jika dilihat di ruangan komen, ada gambarnya didedahkan.

 

Diharap calon insaf dan akan menjadi pemandu berhemah jika dia lulus ujian JPJ nanti. Payah juga ya kalau mudah hilang sabar ni.

Apa kata anda?

avatar